Jabatan Peguam Negara Teruskan Pendakwaan 5 Remaja Esok. Ini Sebabnya. | KHALIFAH MEDIA NETWORKS : Kuala Lumpur: Pertuduhan mengikut Seksyen 507C(1) Kanun Keseksaan di dalam kes buli Zara Qairina Mahathir adalah bersandarkan kepada bukti dan fakta yang diperoleh hasil daripada siasatan yang dijalankan.

Jabatan Peguam Negara (AGC) berkata, jabatan ini merujuk kepada kenyataan media yang dikeluarkan oleh peguam lantikan ibu arwah, Noraida Lamat.
Mengenai permohonan pihak peguam untuk menangguhkan pendakwaan mengikut Seksyen 507C(1) Kanun Keseksaan. Serta cadangan pertuduhan pihak peguam mengikut seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan.
Menurutnya, berdasarkan penelitian jabatan ini terhadap kertas siasatan. Pertuduhan mengikut Seksyen 507C(1) Kanun Keseksaan dibuat kerana. Pertuduhan ini merujuk kepada perbuatan buli sahaja dan tidak mempunyai kaitan dengan kematian Zara Qairina.
“Kenyataan peguam itu adalah bersifat spekulatif tanpa disokong oleh fakta yang tepat.
“Oleh yang demikian, Jabatan ini sekali lagi menegaskan. Bahawa pertuduhan mengikut Sseksyen 507C(1) Kanun Keseksaan di dalam kes ini adalah bersandarkan kepada bukti dan fakta. Ia diperoleh hasil daripada siasatan yang dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, dalam hal ini, prosiding inkues masih perlu dijalankan bagi menentukan punca kematian sebenar Zara Qairina.
TETAP AKAN TERUSKAN
Jabatan Peguam Negara (AGC) tetap akan meneruskan pendakwaan terhadap lima remaja perempuan berusia bawah 18 tahun di Mahkamah Kanak-Kanak Kota Kinabalu, Sabah, esok.
Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar ketika dihubungi mengesahkan. Pendakwaan akan diteruskan seperti biasa mengikut Seksyen 507C (1) Kanun Keseksaan (Pindaan 2025).
“We will proceed (kita akan teruskan),” katanya hari ini.
Beliau mengulas mengenai kenyataan dikeluarkan pasukan peguam ibu arwah Zara Qairina Mahathir, 13, yang memohon pendakwaan terhadap lima remaja yang terbabit dalam kes buli ditangguh sementara dan didakwa mengikut Seksyen 507D (2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun.
Ia berikutan mereka mendakwa pertuduhan yang dicadangkan iaitu Seksyen 507C (1) terlalu ringan, tidak sepadan dengan tragedi yang berlaku dan mengelak ‘double jeopardy’ (seseorang tidak boleh dibicarakan atau dihukum dua kali atas kesalahan sama) dari digunapakai di masa hadapan.
Untuk rekod mengikut Seksyen 507C (1) memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Mengikut peruntukan itu. Sesiapa sahaja dengan apa-apa cara menggunakan perkataan atau komunikasi berunsur ancaman, kesat atau menghina sehingga menyebabkan seseorang merasa diganggu, tertekan, takut atau bimbang, boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Semalam, Mohd Dusuki mengesahkan lima suspek yang terbabit dalam kes buli pelajar Tingkatan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan, Sabah akan didakwa di mahkamah.
SERAH KERTAS SIASATAN
Sebelum ini, media melaporkan. Polis sudah menyerahkan kertas siasatan berkaitan kematian Zara Qairina kepada AGC semalam untuk meneruskan proses seterusnya.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata. Kertas siasatan itu diserahkan selepas soal siasat terhadap 195 saksi dibuat.
“Pihak polis sudah menyerahkan kepada Peguam Negara dan sekarang kita tunggu keputusan sama ada yakin dengan hasil siasatan untuk meneruskan apakah proses seterusnya,”. Katanya ketika sesi penerangan sesi penerangan Menteri Dalam Negeri berkait isu kecaknaan Kerajaan Madani mengenai keselamatan dan ketenteraman awam di Dewan Rakyat, semalam.
Saifuddin berkata, siasatan kes kematian Zara Qairina yang menjurus kepada tiga elemen iaitu buli, pengabaian dan gangguan seksual sudah diserahkan kepada AGC selepas polis selesai mengambil keterangan daripada 195 saksi.
“Kini terpulang kepada AGC untuk menentukan hala tuju seterusnya, sama ada melakukan pertuduhan atau sebaliknya. Selain memastikan prosiding inkues dilaksanakan sebagai platform terbaik untuk semua pihak membentangkan bukti secara telus dan terbuka,”katanya.
BERMULA 3 SEPTEMBER
Dalam pada itu, Mahkamah Koroner Kota Kinabalu, Sabah menetapkan prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina ditetapkan bermula 3 September ini.
Pengarah Mahkamah Negeri Sabah bersidang sebagai Koroner, Azreena Aziz. Menetapkan tarikh prosiding iaitu pada 3 dan 4, 8 hingga 12, 17 hingga 19 serta 22 hingga 30 September.
Seramai 195 saksi akan dipanggil dalam inkues yang berlangsung selama 19 hari itu.
AGC sebelum ini memutuskan supaya inkues dijalankan bagi menentukan punca dan sebab kematian Allahyarham Zara Qairina.
Menerusi kenyataan jabatan itu. Ia menjelaskan inkues berkenaan termasuk untuk mengenal pasti sama ada wujud unsur jenayah atau sebaliknya dalam kematian pelajar berkenaan.
Inkues itu dijalankan selaras dengan peruntukan di bawah subseksyen 339(1) Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593).



