Customize Consent Preferences

We use cookies to help you navigate efficiently and perform certain functions. You will find detailed information about all cookies under each consent category below.

The cookies that are categorized as "Necessary" are stored on your browser as they are essential for enabling the basic functionalities of the site. ... 

Always Active

Necessary cookies are required to enable the basic features of this site, such as providing secure log-in or adjusting your consent preferences. These cookies do not store any personally identifiable data.

No cookies to display.

Functional cookies help perform certain functionalities like sharing the content of the website on social media platforms, collecting feedback, and other third-party features.

No cookies to display.

Analytical cookies are used to understand how visitors interact with the website. These cookies help provide information on metrics such as the number of visitors, bounce rate, traffic source, etc.

No cookies to display.

Performance cookies are used to understand and analyze the key performance indexes of the website which helps in delivering a better user experience for the visitors.

No cookies to display.

Advertisement cookies are used to provide visitors with customized advertisements based on the pages you visited previously and to analyze the effectiveness of the ad campaigns.

No cookies to display.

Jaguh Lompat Tinggi Negara Umum Persaraan Selepas 18 Tahun Harumkan Nama Malaysia | Selepas 18 tahun bergelar atlet olahraga serta tiga penampilan di pentas Sukan Olimpik, Lee Hup Wei akhirnya mengumumkan persaraannya.

“Badan saya juga sudah mencapai tahap maksimum dan proses pemulihan juga sangat perlahan.

“Jadi saya rasa lebih baik untuk memikirkan perkara di hadapan dan menjadi jurulatih. Mungkin saya boleh membawa atlet muda meraih pencapaian lebih baik selepas ini,” katanya pada sidang media hari ini.

Hup Wei berkata, dia sudah lama memikirkan soal persaraan dan pada awalnya bercadang untuk mengumumkannya selepas temasya Sukan Sea Hanoi di Vietnam, Mei depan.

“Tapi saya tidak terpilih ke Sukan Sea Vietnam, jadi saya fikir inilah masa yang paling sesuai. Selepas ini saya boleh memikirkan perkara lain seperti bercuti dan kemudian mula fokus kepada bidang kejurulatihan.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk keluarga, jurulatih, KBS (Kementerian Belia dan Sukan), MSN (Majlis Sukan Negara) dan MOM (Majlis Olimpik Malaysia) kerana sentiasa memberikan sokongan sepanjang karier saya,” katanya lagi.

Perjalanan Hup Wei dalam arena sukan negara bagaimanapun tidak akan terhenti di sini sebaliknya beliau akan membuka lembaran baru menerusi bidang kejurulatihan.

Hup Wei bakal menggalas tugas selaku jurulatih pelapis olahraga negara selain berhasrat untuk menubuhkan akademi lompat tinggi.

Sementara itu, ketua jurulatih olahraga negara, Manshahar Abdul Jalil, menyifatkan persaraan Hup Wei sebagai satu kehilangan besar buat arena sukan negara.

Ini kerana banyak pengorbanan dan keringat yang telah dicurahkan Hup Wei sepanjang 18 tahun menabur bakti untuk negara hingga penglibatannya dilihat sebagai inspirasi kepada atlet muda negara.

Bagi atlet lompat tinggi negara Majlis Sukan Wilayah Persekutuan, Fawwaz Muhammad Ilmi Mahamad Afif, meluahkan rasa sedih memandangkan aksi akhir merupakan kali terakhir menyaksikan persembahan jaguh lompat tinggi, Lee Hup Wei di Kejohanan Olahraga All Comers Kuala Lumpur yang berlangsung hari ini.

Fawwaz menjuarai acara lompat tinggi dengan lompatan setinggi 1.90 meter namun itu bukan pencapaian terbaik selepas memiliki catatan peribadi terbaik iaitu 2.04m.

Sementara itu. Nurul Ashikin Abas dari Perak menjuarai aksi akhir lompat kijang selepas melakukan lompatan sejauh 12.54m, menewaskan atlet Johor, Nor Fatin Najiha Mohd Aziz (11.47m), dan Dayang Shari Ulok dari Sabah (11.44m).

Sumber: Stadium Astro

Share.

Leave A Reply