Jalan TAR Kembali Meriah Sejak Pembukaan Bazar Aidilfitri | Jalan Tuanku Abdul Rahman iaitu lokasi yang sering menjadi tumpuan orang ramai untuk membeli belah sejak sekian lama. Bukan hanya sekadar pada musim perayaan, malah pada waktu-waktu lain tetap juga dipenuhi pengunjung dari serata tempat. Seperti sudah menjadi keperluan untuk menghadiri lokasi yang terletak di tengah ibu kota itu.

Jalan TAR Kembali Meriah Sejak Pembukaan Bazar Aidilfitri

Namun sejak negara dilanda pandemik covid-19 setahun yang lalu, suasana musim perayaan tidak lagi semeriah dulu. Banyak perniagaan di Jalan TAR yang perlu ditutup bagi mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan. Namun bagi ramadan kali ini, pihak kerajaan telah mengeluarkan kebenaran untuk bazar aidilfitri dibuka semula dan haruslah mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Pembukaan semula Lorong Jalan TAR ini telah menarik kunjungan ramai. Lokasi itu menjadi tumpuan orang ramai yang ingin melakukan persiapan hari raya yang bakal kunjung tiba pada bulan hadapan. Kawasan di tengah ibu kota itu didapati telah dipenuhi pengunjung sejak hari pertama pembukaannya.

Tinjauan wartawan mendapati beberapa premis yang menjual pakaian da baju raya telah dipenuhi oleh pengunjung sejak hari pertama bazar aidilfitri itu dibuka. Kebanyakan peniaga juga masih menjual barang jualan mereka dengan harga yang berpatutan.

Menurut seorang peniaga pakaian, Ayu Putri Iliyas Amiruddin, 20, harga pakaian yang dijual di premis perniagaan mereka masih kekal sepertimana sebelum ini. Tidak ada harga pakaian yang berubah, ada yang datang membeli sehelai pakaian sahaja dan terdapat juga pengunjung yang datang bersama keluarga akan membeli sekali untuk setiap ahli keluarga yang hadir di premis perniagaan itu. Tambahnya lagi, pengunjung boleh mendapatkan sepasang baju melayu dengan harga RM45 sahaja di premis mereka.

Safwandiniefaiz Bahri, 26, iaitu seorang peniaga songkok berkata bahawa dia juga masih mengekalkan harga songkok di premisnya walaupun sudah lama tidak berniaga. Sambutan pengunjung di premisnya juga kurang mendapat sambutan kerana pertengahan bulan dan menjangkakan peningkatan dalam tempoh seminggu sebelum menyambut Aidilfitri.

Sementara itu seorang kakitangan swasta, Raja Azrul Hisham Raja Huradin telah datang bersama dengan keluarganya untuk membeli belah di kawasan itu. katanya, dapat diperhatikan kebanyakan peniaga masih mengekalkan harga jualan mereka tetapi terdapat juga peniaga yang menaikkan harga.

Bagi prosedur operasi standard (SOP) pula, dia merasakan masoih terkawal dan dapat dilihat terdapat banyak kawalan yang dilakukan disitu bagi memastikan pengunjung dan peniaga mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Sumber: Harian Metro

 

Share.

Leave A Reply