Jemaah Masjid Diserang! Lima Cedera Ditembak Selepas Solat Tarawih | TORONTO: Lima individu cedera dalam kejadian tembakan di sebuah masjid di sini, lapor agensi Anadolu yang memetik kenyataan polis.
Jurucakap Jabatan Polis Toronto, David Rydzik, berkata sekumpulan lelaki diserang secara rawak dan ditembak dari sebuah kenderaan di daerah Scarborough.
Beliau berkata, dalam insiden yang berlaku pada bulan Ramadan itu, mangsa baru selesai menunaikan solat pada waktu malam di masjid berkenaan.
“Sekurang-kurangnya enam das tembakan dilepaskan, tetapi masih belum diketahui jumlah suspek yang terbabit dalam kejadian itu.
“Setakat ini, polis masih tidak dapat menyatakan sama ada mangsa menjadi sasaran kerana pegangan agama mereka,” katanya.
Sementara itu, ahli lembaga Persatuan Muslim Scarborough, Nadeem Sheikh, berkata beliau mengambil serius berhubung kejadian tembakan itu.
Beliau menggesa pihak berkuasa melakukan yang terbaik untuk membawa penjenayah ke muka pengadilan dan berharap tindakan wajar diambil bagi membendung keganasan membabitkan senjata api.
SUMBER : Berita Harian