Jenazah Terkeluar Dari Liang Lahad Dan Jatuh Dalam Sungai.

| February 23, 2021 | 0 Comments

Jenazah Terkeluar Dari Liang Lahad Dan Jatuh Dalam Sungai. | Insiden tanah runtuh ini terjadi di sebuah kampung. Kejadian ini berlaku pada tapak perkuburan, akibat kejadian itu, ada jenazah yang terkeluar dari liang lahad dan ada yang terjatuh dalam sungai. Baca selanjutnya.

JAKARTA: Insiden tanah runtuh berlaku di sebuah tanah perkuburan di Dusun Bendungan di Desa Klodran, daerah Karanganyar sehingga menyebabkan ada jenazah yang masih berkain kafan terkeluar dari liang lahad.

Lapor Tribunnews, ada sejumlah jenazah turut jatuh ke dalam sungai dan tersangkut celah runtuhan tanah.

Sehingga kini, sebanyak 10 jenazah hanyut ke sungai dan 25 kubur yang tidak terjejas dipindahkan ke tempat lain.

Seorang penduduk, Endang Anggoro Bangun berkata, penduduk kampung akan membantu memindahkan kubur yang tidak terjejas ke tempat lain dan mengebumikan semula jenazah yang terkeluar.

Katanya, tanah runtuh berlaku susulan hujan lebat yang melanda perkampungan tersebut sejak beberapa hari lalu.

“Kami akan melakukan proses pemindahan kubur dan pengebumian semula pada kadar segera kerana banyak keluarga berasa sedih dengan apa yang berlaku,” katanya.

Sumber : UM

Tags: , , , , , , , , ,

Category: INFORMASI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *