Berita Gembira.. Bayaran Fasa Pertama BPR Mulai Esok | Berita gembira buat penerima Bantuan Prihatin Rakyat, Esok merupakan pembayaran fasa 1 akan dibuat. Baca selanjutnya..

BAYARAN BPR FASA 1

Putrajaya – Sebanyak 8.45 juta penerima Fasa 1 Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan mendapat bayaran secara berperingkat mulai esok dengan melibatkan peruntukan berjumlah RM1.93 bilion.

Pembayaran sebanyak RM300 akan dibuat kepada 4.4 juta penerima untuk kategori isi rumah dan RM150 setiap seorang untuk individu bujang yang melibatkan 4.05 juta penerima.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pembayaran Fasa 1 itu telah dipercepatkan dari bulan Mei kepada penghujung Februari bagi membantu kelangsungan hidup rakyat terutamanya golongan terjejas dan pekerja yang bergantung kepada upah harian.

“Pembayaran Fasa 1 BPR dibuat kepada penerima BSH 2020 dan BPN B40 yang telah diluluskan sebelum ini.

“Ia akan terus dikreditkan ke dalam akaun bank masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, penerima yang tidak mempunyai akaun bank akan mendapat bayaran pada Khamis ini melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

“Pembayaran untuk penerima di Sabah dan Sarawak tanpa akaun bank pula akan dibuat di lokasi-lokasi yang akan diumumkan bersekali dengan pembayaran BPN 2.0,” katanya.

Katanya, kerajaan sentiasa komited untuk memastikan bantuan yang diperuntukan sampai kepada mereka yang disasarkan bagi menjamin kesejahteraan rakyat.

Sumber : Kosmo

Share.

Leave A Reply