Viral Myvi Langgar Van Biru. Ini Tindakan Terkini Polis. Ada VIDEO. | Baru ni viral sebuah myvi laju rempuh van biru. Selepas buat siasatan, ini tindakan polis. Ada video kalau belum tengok.

Pemandu Myvi Ditahan Polis

Polis menahan seorang lelaki disyaki memandu kereta Perodua Myvi secara melulu dan laju hingga merempuh dua kenderaan di Jalan Bandar Kinrara 6F, Bandar Kinrara, dekat Serdang petang tadi.

Dalam kejadian pada jam 2 petang itu, pemandu kereta berusia 26 tahun berkenaan merempuh van dan Proton Waja mengakibatkan pemandu van cedera parah.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari’at, berkata pemandu Myvi itu dikatakan cuba melarikan diri tetapi ditahan orang awam yang kemudian menyerahkan kepada polis.

Video Myvi Rempuh Van Biru Yang Viral

“Lelaki pemandu Myvi itu dibawa ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan (BSJT) untuk tindakan susulan. Hasil ujian saringan air kencing mendapati pemandu Myvi itu negatif dadah.

“Polis akan menjalankan ujian alkohol terhadap lelaki itu yang didapati tiada rekod jenayah. Kita akan mohon reman terhadap suspek mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Rakaman video kemalangan yang tular di media sosial itu menunjukkan kereta Myvi terbabit dilihat dipandu laju dan turut hampir melanggar seorang penunggang motosikal.

Lagi Gambar-Gambar Di Tempat Kejadian

Sementara itu Azman berkata, pemandu van yang parah kini ditempatkan di zon merah Hospital Serdang untuk rawatan selanjutnya.

“Setakat ini, butiran pemandu van itu masih belum diperoleh daripada hospital dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

Video Pemandu Myvi Cuba Larikan Dirikan Diri

Komen Netizen

Tommy Lee
Wow dia punya laju macam kilat wei ! Nasib motor tu ok , kalau motor tu yang kena Langgar…. tak berani nak tengok

Muhammad Syafiq
Kesian owner van. Nmpk mcm van niaga.. Mungkin itu saja van yg ada. Dpt buat crowd funding pun elok juga. Org kita ramai yg pemurah.

Arizan Naya
Bila tengok saat2 dia langgar van tu terus mulut aku keluar auto ‘Bodoh!’ Sambil dlm hati elok lah pemandu Myvi tu pulang ke rahmahtullah bersama kebodohan beliau…harap driver van dgn kereta lagi sebijik tu takde apa2 cedera..

Najib Nabila
Kesian tengok van tu.. Itu mata pencarian dia untuk berniaga.. Semoga murah rezeki brader van tu..

Sumber: Berita Harian via FB Info JPJ/Polis

Share.

Leave A Reply