Dilaporkan selebriti terkenal Hollywood, Johnny Depp telah memenangi tuntutan saman terhadap bekas isterinya, Amber Heard.

Johnny Depp Menang Saman Fitnah Bekas Isteri. Ini Jumlah 'Pampasan' Diterima Beliau

Juri telah memutuskan bahawa artikel yang diterbitkan dalam The Washington Post pada 2018 adalah fitnah.

Menurut laporan Sky News, Depp telah menerima sebanyak 15 juta dolar (RM65 juta).

Jumlah tersebut terdiri daripada pampasan ganti rugi 10 juta dolar (RM43 juta) dan ganti rugi punitif sebanyak 5 juta dolar (RM21 juta).

Pelakon Pirates of The Caribbean itu telah menyaman 50 juta dolar (RM219 juta) berhubung artikel yang diterbitkan dalam The Washington Post.

Artikel tersebut merujuk dirinya sebagai ‘Tokoh awam yang mewakili penderaan domestik’.

Walaupun, nama Depp tidak disebut namun ia dinyatakan sebagai ‘fitnah secara tersirat’.

Hal ini kerana, artikel itu merujuk kepada dakwaan penderaan yang dibuat oleh Heard selepas mereka berpisah pada 2016.

Manakala, Heard pula telah membuat saman balas sebanyak 100 juta dolar (RM439 juta).

Ini berhubung kenyataan yang menggelar dakwaannya sebagai ‘tipu daya’ yang dibuat oleh peguam bekas suaminya.

Dia telah mendapat sebanyak 2 juta dolar (RM8.7 juta) untuk tuntutan tersebut.

Menurut laporan, tujuh orang juri telah membuat keputusan untuk memihak kepada Heard atas pertuduhan dalam saman balasnya itu.

Susulan kemenangan itu, Depp membuat kenyataan menerusi kemaskini di Instagram miliknya.

Katanya, matlamat untuk membawa kes ini ke mahkamah adalah untuk mendedahkan kebenaran tanpa mengira keputusannya.

“Bercakap benar adalah sesuatu yang saya perlu lakukan untuk anak-anak dan orang di sekeliling yang terus memberikan sokongan.

“Saya berasa tenang mengetahui bahawa saya akhirnya berjaya mencapainya,” katanya.

Sumber: Siakap Keli

 

Share.

Leave A Reply