Kanak-Kanak 6 Tahun Jumpa Fosil Ketika Cari Cacing | Meneroka dan mencuba sesuatu yang baru bukanlah sesuatu yang asing dalam hiduupan kanak-kanak. Malahan banyak yang mereka dapat teroka dan pelajari daripada aktiviti luar. Peluang untuk meneroka di zaman kanak-kanak turut tidak dilepaskan oleh Siddak Singh Jhamat dari England.
Kanak-kanak berusia enam tahun yang berasal dari West Midlands, England telah menggali tanah untuk mencari cacing. Namun apa yang ditemui bukanlah sesuatu yang biasa dalam hidupan kini. Semasa menggali tanah di kawasan taman rumahnya, Siddak telah menemui sebuah fossil.
Tinggalan fossil tersebut dipercayai berusia 488 juta tahun. Kanak-kanak itu dikatakan menemui fossil batu karang yang berbentuk seperti tanduk . Dianggarkan juga ianya berusia antara 251 hingga 481 juta tahun yang lalu. Selain daripada fossil tersebut, Siddak turut menemukan benda lain.
Dia telah menemui satu lagi objek tinggalan sejarah. Objek tersebut merupakan crinoid, objek ini berbentuk seperti tentakel sotong dan juga kerang laut.
Menurut Siddak, beliau hanya ingin mencari cacing. Pada masa yang sama beliau juga ingin mencari beberapa objek lain seperti tembikar dan juga batu. Namun beliau telah menemui objek yang berbentuk seperti tanduk. Pada mulanya dia menyangkakan bahawa itu merupakan objek lain.
Dia menyangkakan bahawa itu berkemungkinan sebatang gigi, pengepit ataupun tanduk. Namun objek tersebut merupakan batu karang yang dikenali sebagai batu karang tanduk. Penemuan itu membuatkan dia dan keluarga begitu teruja dan terkejut.
Vish singh iaitu bapa kepada kanak-kanak itu berkata bahawa sebaik sahaja anaknya menunjukkan beliau objek tersebut, beliau terus mencari lagi dan menemui objek berbentuk seperti tentakel sotong pada keesokan harinya. Objek tersebut juga kelihatan seperti mempunyai nilai pra sejarah.
Objek tersebut dapat ditentukan kesahihannya selepas beliau memuat naik gambar objek tersebut menerusi kumpulan peminat fossil dan sejarah di facebook. Beberapa ahli kumpulan itu memaklumkan ia kemungkinan adalah batu karang Rugosa berusia antara 251 hingga 488 juta tahun.
Dikatakan objek ini wujud dalam tempoh itu iaitu ketika Era Paleozoik. Ketika itu, England adalah sebahagian daripada Pangea iaitu sebuah daratan benua. Penemuan ini akan dirujuk kepada Muzium Geologi Universiti Birmingham untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci.
Sumber : Microsoft News