Jumpa Orang Kaya Bayar Zakat Hampir RM1juta. Nasihat Dia Buat Ramai Nak Nangis.

“Shazwani, dalam hidup, pegang pesan Rasulullah SAW masa baginda sampai di Madinah”.


Kali ini kami akan kongsikan kisah seorang individu yang berpeluang bertemu dengan seorang yang bukan sahaja berjaya dalam bidang perniagaan, tetapi juga kaya dengan hikmah dan nilai spiritual. Pertemuan mereka membuka mata tentang makna sebenar keberkatan dan kejayaan dalam hidup.

Sambung baca kisah penuh di bawah  mungkin inilah peringatan lembut yang kita semua perlukan hari ini.

Saya jumpa sorang hamba Allah nie layak dia kaya & berjaya. Ada cheque zakat almost 1,000,000 yang baru saja diissue seminggu yang lepas, tapi yang lebih mahal daripada jumlahnya ialah nasihat yang dia bagi.

Ada satu perkara yang selalu buat saya teringat setiap kali jumpa orang hebat. Kita ni kadang sibuk cari panduan hidup nak tahu macam mana nak berjaya, nak tenang, nak rasa cukup. Tapi Allah selalu bagi jawapan dalam bentuk pertemuan..

Zakat zakat

KISAHNYA

Baru-baru ni saya jumpa seorang hamba Allah orang Melayu Islam, dan sangat berjaya dalam bidangnya. Tapi yang buat saya benar-benar terinspirasi bukanlah harta atau bisnes dia semata, sebaliknya ada helaian cek di atas mejanya. Total : zakat negeri ***** . RM800,000.

Btw, saya Certified IEF (Islamic Estate Planner). Pertemuan kami memang berkait dengan kerja. Bincang tentang struktur harta, bisnes, dan keperluan perancangan pusaka.

Jadi sedikit sebanyak, saya tahu juga beberapa perkara tentang situasi kewangan beliau. Cuma sudah tentu, saya takkan dedahkan apa-apa butiran sebab saya sangat menjaga PDPA dan privasi setiap client.

 

Zakat Zakat

 

Kami berbincang agak lama, hampir 2 jam. Tapi dari cara dia bercakap, saya tahu… kejayaan dia bukan datang dari strategi semata-mata, tetapi daripada keberkatan hidup.

“Shazwani, dalam hidup, pegang pesan Rasulullah SAW masa baginda sampai di Madinah”. “Sebarkan salam, beri makan, sambung silaturahim, dan solat malam ketika manusia tidur. InsyaAllah, kamu akan masuk syurga dengan sejahtera.”

Sambil itu, dia tekan keyboard dan tunjuk saya sendiri hadis itu depan PC beliau. Comel! Macam ayah-ayah, memastikan saya dapat rujukan yang tepat. Sedikit pun kerjaya beliau hari ini tidak highlight pada diri, tips atau strategi. Semua yang beliau pegang dan amalkan adalah berpandukan Al-Quran dan Sunnah.

 

 

Zakat Zakat

PESANAN

Dia berpesan: Empat perkara yang nampak mudah, tapi kalau kita amalkan… cukup untuk ubah cara kita hidup, bekerja, dan melihat rezeki.

Kadang kita kejar banyak benda dalam hidup tapi lupa asas yang Nabi dah ajar 1400 tahun dulu. Mulakan dengan salam, lembutkan hati dengan memberi, jaga hubungan, dan kuatkan jiwa di malam hari.
Itu rupanya kunci sebenar kejayaan dan ketenangan.

Kalau korang suka saya sharing kisah-kisah random orang yang saya jumpa, boleh la follow. Saya jumpa macam-macam orang setiap hari — tak kisah waktu kerja atau masa travel, each with their own story.

Saya memang suka borak dan dengar kisah inspirasi orang, sambil minta nasihat atau pegangan hidup dorang. Kadang bagi inspirasi, kadang bagi value dan pengajaran semua tu bagi saya mahal. Rasa rugi kalau saya simpan sorang-sorang je.

Zakat

Sumber : Threads nshazwanisyakila

Share.
Leave A Reply