Kalendar Islam 2023 / 2024 & Tarikh Penting Bulan Islam (JAKIM) | Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengeluarkan tarikh atau Takwim 2023 Miladiah / 1444 – 1445H Bagi Malaysia. Semoga takwim ini dapat membantu melancarkan lagi penyusunan aktiviti harian, ibadat dan urusan kehidupan umat Islam di negara ini.

KALENDAR ISLAM TAKWIM 2023 MILADIAH/ 1444 – 1445 HIJRIAH BAGI MALAYSIA (JAKIM)

SEBAGAI panduan untuk semua umat Islam, disenaraikan tarikh penting dalam kalendar Islam untuk tahun 2023 Masihi bersamaan 1444-1445 Hijrah di Malaysia. Ini juga diikuti dengan fakta-fakta berkaitan tarikh-tarikh berkenaan.

Kalendar Islam 2023 yang telah dikemaskini oleh JAKIM 

TARIKH PENTING DALAM ISLAM 2023 @ 1444/1445H

TARIKH HIJRI TARIKH MILADI HARI PERAYAAN / KEBESARAN ISLAM
27 REJAB 1444 18 Februari 2023 Israk dan Mikraj
*01 RAMADHAN 1444 23 Mac 2023 * Awal Ramadan/Berpuasa
17 RAMADHAN 1444 8 April 2023 Nuzul Al-Quran
*01 SYAWAL 1444 22 April 2023 Hari Raya Puasa / Aidilfitri
01 ZULHIJJAH 1444 20 Jun 2023 Awal Zulhijjah
*10 ZULHIJJAH 1444 29 Jun 2023 * Hari Raya Korban / Aidiladha
01 MUHARRAM 1445 19 Julai 2023 Awal Muharam / Maal Hijrah
12 RABI’ULAWAL 1445 28 September 2023 Maulidur Rasul

Sumber: JAKIM https://www.e-solat.gov.my/.

Takwim Kalendar Islam 2024 / 1445 – 1446H

Berikut diikuti Takwim Islam bagi tahun 2024 beserta tarikh penting dalam Islam bagi tahun 1445 – 1446H untuk memudahkan anda membuat perancangan.

TARIKH-TARIKH PENTING DALAM ISLAM 2024 @ 1445H / 1446H

TARIKH HIJRI TARIKH MILADI HARI PERAYAAN / KEBESARAN ISLAM
27 REJAB 1445 8 Februari 2024 Israk dan Mikraj
*1 RAMADHAN 1445 12 Mac 2024 * Awal Ramadan/Berpuasa
17 RAMADHAN 1445 28 Mac 2024 Nuzul Al-Quran
*1 SYAWAL 1445 10 April 2024 Hari Raya Puasa / Aidilfitri
1 ZULHIJJAH 1445 8 Jun 2024 Awal Zulhijjah
*10 ZULHIJJAH 1445 17 Jun 2024 * Hari Raya Korban / Aidiladha
1 MUHARAM 1446 7 Julai 2024 Awal Muharam / Maal Hijrah
12 RABI’ULAWAL 1446 16 September 2024 Maulidur Rasul

Catatan Ringkas Tarikh-tarikh Penting Dalam Islam

Catatan ringkas tentang tarikh penting dalam Islam :

27 Rejab : Israk Mikraj

Peristiwa Israk merupakan perjalanan Rasulullah dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestin Rasulullah dengan diiringi oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Peristiwa Mikraj pula perjalanan Rasulullah naik ke langit dengan ditemani malaikat Jibrail dan bertemu Allah.

15 Syaaban : Malam Nisfu Syaaban

Daripada Mu’az bin Jabal RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

“Allah SWT melihat hambaNya pada malam nisfu Syaaban kemudian mengampunkan semua hambaNya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan”.
Sahih Ibnu Hibban (5665)

1 Ramadan : Awal Ramadan*

Awal Ramadan tanda permulaan puasa tahunan bagi Umat Islam di seluruh Malaysia.

Tarikhnya berbeza setiap tahun kerana ia berdasarkan kalendar bulan Islam dan kaedah penentuan rukyah dan hisab.

17 Ramadan : Nuzul al – Quran

Nuzul al – Quran merujuk kepada peristiwa turunnya ayat al-Quran pertama kepada Nabi Muhammad SAW pada malam Jumaat, 17 Ramadan, di Gua Hira, Mekah iaitu tahun ke-41 daripada keputeraan baginda.

1 Syawal : Hari Raya Aidilfitri*

Sambutan Aidilfitri pada 2022 tentu lebih meriah kerana rakyat Malaysia sudah dibenarkan merentas negeri.

Hari Raya Aidilfitri (Bahasa Arab: عيد الفطر‎; ‘Ayd al-Fiṭr; “perayaan fitrah”) disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah atau Hari Lebaran.

1 Zulhijjah : Awal Zulhijjah

Terdapat dalil daripada al – Quran dan al-Sunnah yang memberi maksud 10 hari awal Zulhijjah adalah hari – hari yang penuh dengan kelebihan dan kurniaan Allah.

10 Zulhijjah : Hari Raya Aidiladha*

Hari Raya Haji atau juga disebut sebagai Hari Raya Korban ataupun Hari Raya Aidiladha adalah salah satu perayaan yang disambut oleh umat Islam di seluruh dunia.

1 Muharam : Maal Hijrah / Tahun Baru Islam

Hijrah ialah lambang keikhlasan dan pengabdian seorang hamba demi keimanan dan yakin kepada Allah dan syariatNya.

12 Rabiulawal : Maulidur Rasul

Mengikut kalendar Islam, 12 Rabiulawal adalah Maulidur Rasul atau hari keputeraan baginda SAW iaitu penghulu sekalian nabi dan rasul.

Menjadi satu perkara wajib bagi kita sambut Maulidur Rasul pada setiap tahun sebagai menzahirkan rasa cinta kepada Nabi Muhammad SAW.

 

 

Share.

Leave A Reply