13 Tempat Makan Malam Best di Gua Musang, Kelantan | Gua Musang adalah sebuah bandar dan daerah yang terletak di bahagian tengah negeri Kelantan dan bersempadan dengan negeri Pahang. Daerah ini adalah sebuah daerah yang paling terbesar di Kelantan dan banyak dikelilingi oleh kawasan hutan dan pergunungan. Oleh kerana itu, Gua Musang ini amatlah popular dengan daya tarikan pelancongan alam semula jadi dan tempat bersejarah.
Jadi kami bawakan kepada anda 13 senarai tempat makan best di Gua Musang yang anda boleh cuba.
1. RESTORAN DALAM TAMAN – MAKAN MALAM
Korang mahukan suasana makan malam yang tenang? Restoran Dalam Taman adalah jawapan untuk korang. Kalau korang nak tahu, restoran ini adalah salah satu tempat makan malam yang menarik di Gua Musang. Dekat sini, mereka menawarkan banyak jenis menu masakan seperti masakan Local dan Thai yang korang akan suka. Bukan itu sahaja, sambil korang menjamu selera korang boleh menikmati suasana cantik yang dihiasi dengan taman dan tasik yang memukau pandangan. Selamat mencuba!
Lokasi Restoran Dalam Taman ini di Bandar Baru Gua Musang, 18300 Gua Musang, Kelantan dan dibuka pada setiap hari kecuali Selasa pada 12 tengahari hingga 11 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 017-9018672.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/Restoran-Dalam-Taman-DTasek-100067629167768/
2. IKHWAN DELIGHT – MAKAN MALAM
Korang lapar tapi tak tahu nak makan mana dan apa? Korang boleh cuba singgah di Ikhwan Delight. Ikhwan Delight adalah sebuah restoran yang menghidangkan makanan Arab, Asean, Western dan Italian. Restoran ini telahpun mendapat review positif dan ramai yang mengesyorkan untuk makan disini. Korang risau makanan terlalu mahal? Jangan risau di Ikhwan Delight, mereka menawarkan harga yang berpatutan dengan portion yang banyak dan perkhidmatan yang baik. Tempat ini memang sesuai untuk seisi keluarga makan bersama.
Lokasi ini di pt 7836, Jln Persiaran Raya, Taman Mesra, 18300 Gua Musang, Kelantan dan dibuka pada setiap hari pada 7 pagi hingga 11 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 018-2095034.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/IkhwanDelightsGuaMusang/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/ikhwandelightsguamusang/
3. WARUNG CIK MIRA – MAKAN MALAM
Kalau korang ada di Gua Musang ini, korang wajib singgah di Warung Cik Mira. Nama sahaja kelihatan simple tetapi siapa sangka, warung ini mendapat tempat dalam kalangan hati pelanggannya. Dekat sini, mereka menyediakan pelbagai jenis menu yang korang boleh cuba seperti Masakan Panas, Masakan Thai dan banyak lagi. Sememangnya sedap, mengenyangkan dan sangatlah berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Rugi kalau korang tak cuba.
Lokasi kedai makan ini di 278 Taman Agropolitan Rantau Manis, Gua Musang, Malaysia dan dibuka pada setiap hari kecuali Isnin pada 12 tengahari hingga 10 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 019-9484263.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/Warung-cikmira-100063653764696/
Sekarang ni, kami hanya jumpa tiga tempat makan malam terbaik di daerah Gua Musang ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Gua Musang, Kelantan. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!