eMadani TNG : Cara Tebus eWallet RM100 Touch n Go | Kredit eWallet (eMADANI) Touch n Go akan dibuka mulai Isnin, 4 Disember 2023 hingga 20 Februari 2024. Kerajaan turut setuju untuk berikan kredit eWallet RM100 kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.

Adakah anda layak untuk menebus kredit percuma Kerajaan dengan nilai RM100 pada 4 Disember ini? Jom kami kongsi lebih lanjut bagi yang ingin tebus eMadani melalui eWallet Touch n Go (TNG).

Pengenalan

Kerajaan turut setuju untuk berikan kredit eWallet RM100 kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang punyai gaji RM100,000 setahun dan ke bawah. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, usaha itu susulan melihat kepada impak besar program e-tunai kepada orang ramai di negara ini.

Mulai 4 Disember 2023 hingga 20 Februari 2024, tebus melalui 4 rakan ewallet yang dipilih, iaitu Shopeepay, TNG eWallet, Setel atau MAE.

Selain itu, turut terdapat info – info menarik di sini.

Syarat Kelayakan

Syarat – syarat itu adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas pada 1 Januari 2023 ; dan
  2. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) melalui rekod pada 7 November 2023 ; atau
  3. Mempunyai pendapatan dan pendapatan itu adalah RM100,000 dan ke bawah setahun melalui rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) setakat 15 Julai 2023

Cara Login & Verify Akaun TNG eWallet

Make sure korang boleh login & verify eWallet untuk tebus kredit eMADANI RM100 & banyak lagi ganjaran pada hari Isnin, 4 Disember 2023 nanti!

Verify akaun eWallet anda segera di https://touchngoewallet.onelink.me/8mmV/eKYC

Recover account yang SUDAH SAH:

Recover account yang BELUM SAH:

Jangan silap pilih tau!

Cara Penebusan eMadani TNG eWallet

Sila login ke ewallet TNG untuk membuat penebusan.

Kredit ini akan sedia untuk ditebus mulai 4 Disember 2023.

Pastikan anda telah penuhi langkah verifikasi secara digital ‘Know-Your- Customer’ (eKYC) dengan penyedia khidmat ewallet pilihan anda sebelum mohon kredit eMADANI.

ewallet

Penggunaan kredit eMadani serta manfaat padanan dari penyedia khidmat ewallet ini HANYA BOLEH DIBELANJAKAN SECARA FIZIKAL SAHAJA hingga 29 Februari 2024.

ewallet

Tarikh Penebusan & Pembelian Menggunakan Kredit eWallet eMadani TNG

  • Tempoh tuntutan: 4 Disember 2023 – 20 Februari 2024
  • Tempoh perbelanjaan: 4 Disember 2023 – 29 Februari 2023

SOALAN LAZIM (FAQ)

Bagaimana saya boleh memohon kredit eMADANI?

  1. Proses verifikasi bagi pengguna baharu dan sedia ada boleh dilakukan melalui penyedia perkhidmatan ewallet yang terlibat.
    Muat turun aplikasi ewallet terlibat di Apple App StoreGoogle Play Store atau Huawei AppGallery.
  2. Bagi pengguna baharu atau sedia ada, ikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi  ewallet tersebut.
  3. Penyedia perkhidmatan e-dompet akan membuat verifikasi identiti anda secara elektronik ‘KnowYourCustomer’ (eKYC).
  4. Pada aplikasi ewallet pilihan anda, sila masukkan maklumat yang diperlukan di halaman tuntutan eMADANI dan tekan “Hantar”.
  5. Anda akan dimaklumkan sekiranya tuntutan berjaya.

Saya pernah menerima eBeliaRahmah sebelum ini. Adakah saya turut layak menerima eMADANI?

Penerima eBelia Rahmah tidak layak untuk program ini kerana mereka telah terima manfaat dari kredit eBelia Rahmah yang wujud untuk memupuk budaya bayar tanpa tunai dalam kalangan belia.

Bilakah program ini akan bermula dan berakhir? Adakah kredit eMADANI dan usaha yang diberi oleh penyedia eWallet punyai tarikh luput?

Permohonan kredit eMADANI hanya boleh dibuat sekali bagi setiap pemohon yang layak, mulai jam 8.00 pagi, 4 Disember 2023 hingga 11.59 malam, 20 Februari 2024.
Setelah kredit berjaya dipohon, ia perlu dibelanja selewat – lewat pada 11.59 malam, 29 Februari 2024. Selepas tarikh akhir ini, baki kredit eMADANI yang tidak diguna akan luput secara automatik daripada eWallet pemohon.
Insentif yang ditawarkan oleh penyedia eWallet bergantung kepada polisi masing – masing. Sila rujuk kempen penyedia eWallet tersebut untuk maklumat lanjut.

Bilakah saya akan mendapat kredit eTunai RM100 eMADANI?

Sekiranya anda penuhi kelayakan eMADANI dan telah melalui proses verifikasi eKYC, anda akan terima RM100 secara ‘oneoff’ ke dalam eWallet pilihan anda. Mengikut kebiasaan, proses ini akan ambil masa 24 jam hingga 5 hari dari tarikh permohonan.

Bagaimanakah saya akan tahu sama ada saya layak?

Anda akan terima notifikasi tentang status permohonan dari pihak eWallet pilihan anda setelah anda membuat permohonan dalam aplikasi eWallet ini.

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan lebih maklumat mengenai eMadani, sila rujuk saluran berikut:

Share.

Leave A Reply