13 Tempat Makan Malam Best di Jeli, Kelantan | Jeli adalah sebuah bandar yang berada di negeri Kelantan dan bersempadan dengan Thailand di bahagian utara. Bandar ini amatlah popular dengan tempat yang menarik seperti taman-taman alam semula jadi, sungai dan kawasan rekreasi. Bukan itu sahaja, Jeli ini juga mempunyai tempat makan best yang masih ramai tak tahu.

Jadi kami bawakan kepada anda, 13 tempat makan best yang ada di Jeli, Kelantan.

 

1. RESTORAN AMALINA JELI – MAKAN MALAM

Korang lapar pada waktu malam tapi tak tahu nak makan apa dan mana? Korang boleh ke Restoran Amalina Jeli ini. Kalau korang nak tahu, restoran ini adalah salah satu yang popular di Jeli yang bertemakan selera pantai timur. Dekat sini, terdapat sebanyak lebih daripada 50 jenis masakan melayu yang korang boleh cuba tau. Korang mesti rambang mata punyalah. Bukan itu sahaja, harga dan portion disini sangatlah berpatutan dan berbaloi. Tak percaya? Cubalah rasai sendiri pengalamannya.

Lokasi restoran ini di LOT 16160, Kampung Lakota, 17600 Jeli, Kelantan dan dibuka pada setiap hari pada 8 pagi hingga 11:30 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 019-7287741.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/RestoranAmalina/

 

2. KEDAI MAKAN GUNUNG RENG – MAKAN MALAM

Kalau korang ada Jeli, korang kena cuba di Kedai Makan Gunung Reng ini. Dikatakan kedai makan ini sangatlah popular dengan keindahan Gunung Reng dan masakan kampung yang padu-padu tau. Antara menu hangat yang korang kena cuba disini ialah Laksa Sarang. Korang pasti akan puas hati dan tak rugi punyalah.

Lokasi ini di 205, 17600 Jeli, Kelantan dan dibuka pada setiap hari pada 10 pagi hingga 12 tengah malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 016-7200898.

 

3. OREN CORNER CAFE – MAKAN MALAM

Korang craving makan Local tanpa menunggu lama? Oren Corner Cafe adalah jawapannya. Oren Corner Cafe merupakan salah satu restoran terbaik dalam menghidangkan makanan tempatan. Terdapat pelbagai jenis menu yang boleh didapati seperti Nasi Goreng Cina, Nasi Goreng Kampung, Tomyam Seafood, Ikan Siakap 3 Rasa, Telur Dadar dan banyak lagi. Tempat ini amatlah sesuai bagi seisi keluarga makan bersama atau rakan-rakan lepak. Jadi, tunggu apa lagi. Selamat mencuba!

Lokasi Oren Corner Cafe ini di Pt 9076, kg bukit lakota, Kampung Lakota, 17600 Jeli, Kelantan dan dibuka pada setiap hari pada 6:30 pagi hingga 3 pagi. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 013-9420922.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/OREN-Corner-Cafe-100063598601698/

 

Sekarang ni, kami hanya jumpa tiga tempat makan malam terbaik di daerah Jeli ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Jeli, Kelantan. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Share.

Leave A Reply