eMadani Shopee: Daftar & Tebus RM100 ShopeePay | Kredit eWallet (eMADANI) ShopeePay akan dibuka mulai Isnin, 4 Disember 2023 hingga 20 Februari 2024. Kerajaan turut setuju untuk berikan kredit eWallet RM100 kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.
eMADANI sudah tiba, dan ShopeePay adalah salah satu eWallet rasmi Shopee.
Tuntutan akan dibuka mulai 4 Disember 2023 ini, jadi jangan lupa dan tanda kalendar anda siap – siap ok!
Sementara itu, jom kita ketahui lebih lanjut tentang eWallet ini dan jangan lupa sahkan (verify) akaun Shopee anda sebagai persediaan awal untuk tebus ShopeePay ewallet.
Pengenalan
Kerajaan setuju untuk menawarkan kredit etunai RM100 kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, usaha etunai ini atas susulan melihat kepada kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada rakyat di negara ini.
Bilangan penerima yang layak dianggar lebih dari 10 juta rakyat iaitu dari untuk B40 dan M40 dengan dana sekitar RM1 bilion.
4 penyedia eWallet yang terlibat dalam program ini adalah :
- MAE Maybank
- Setel Petronas
- ShopeePay
- Touch n Go eWallet
Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia
- Berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan bawah RM100,000 setahun
- Bukan penerima eBeliaRahmah 2023
- Belum menebus eMadani melalui mana-mana platform eWallet lain
- Telah membuat pengesahan kad pengenalan
Tempoh Penebusan eMadani
- Tempoh tuntutan: 4 Disember 2023 – 20 Februari 2024
- Tempoh perbelanjaan: 4 Disember 2023 – 29 Februari 2024
Cara Tuntutan & Penebusan eMadani Shopee / ShopeePay
Pengguna perlu memenuhi langkah sahkan identiti secara elektronik ‘Know-Your- Customer’ (eKYC) dengan penyedia khidmat ewallet pilihan anda sebelum permohonan kredit eMADANI boleh dibuat.
Lihat cara pengesahan akaun dan muat turun Shopee untuk tuntut eMADANI melalui gambar berikut:
CARA PENGAKTIFAN AKAUN SHOPEEPAY
CARA PENGESAHAN AKAUN SHOPEEPAY (VERIFY)
Penggunaan kredit eMadani serta manfaat padanan dari pihak eWalllet terlibat ini HANYA BOLEH DIBELANJAKAN SECARA FIZIKAL SAHAJA hingga 29 Februari 2024.
CARA PEMBAYARAN SECARA FIZIKAL :
SOALAN LAZIM (FAQ)
Bagaimana saya boleh memohon kredit eMADANI?
- Proses verifikasi bagi pengguna baharu dan sedia ada boleh dibuat melalui penyedia khidmat ewallet yang terlibat.
Muat turun aplikasi ewallet terlibat di Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery. - Bagi pengguna baharu atau sedia ada, ikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi ewallet tersebut.
- Penyedia perkhidmatan ewallet akan membuat verifikasi identiti anda secara elektronik ‘Know–Your–Customer’ (eKYC).
- Pada aplikasi ewallet pilihan anda, sila masukkan maklumat yang diberi di halaman tuntutan eMADANI dan tekan “Hantar”.
- Anda akan dimaklumkan jika tuntutan berjaya.
Saya pernah menerima eBeliaRahmah sebelum ini. Adakah saya turut layak terima eMADANI?
Penerima eBelia Rahmah tidak layak untuk program ini kerana mereka telah terima manfaat dari kredit eBelia Rahmah yang wujud untuk memupuk budaya bayar tanpa tunai dalam kalangan belia.
Bilakah program ini akan bermula dan berakhir? Adakah kredit eMADANI dan usaha yang diberi oleh pihak eWallet punyai tarikh luput?
Permohonan kredit eMADANI hanya boleh dibuat sekali bagi setiap pemohon yang layak, mulai jam 8.00 pagi, 4 Disember 2023 hingga 11.59 malam, 20 Februari 2024.
Setelah kredit berjaya dipohon, ia perlu dibelanja selewat – lewat pada 11.59 malam, 29 Februari 2024. Selepas tarikh akhir ini, baki kredit eMADANI yang tidak diguna akan luput secara automatik dari eWallet pemohon.
Insentif yang ditawar oleh penyedia eWallet bergantung kepada polisi masing – masing. Sila rujuk kempen penyedia eWallet ini untuk ketahui lebih lanjut.
Bilakah saya akan dapat kredit eTunai RM100 eMADANI?
Sekiranya anda penuhi kelayakan eMADANI dan telah melalui proses verifikasi eKYC, anda akan terima RM100 secara ‘one–off’ ke dalam eWallet pilihan anda. Mengikut kebiasaan, proses ini akan ambil masa 24 jam hingga 5 hari dari tarikh permohonan.
Bagaimanakah saya akan tahu sama ada saya layak?
Anda akan terima notifikasi tentang status permohonan dari pihak eWallet pilihan anda setelah anda membuat permohonan dalam aplikasi eWallet ini.
Sumber : Shopee Malaysia
Baca juga: