Kamsani Ismail, Pelakon Drama ‘Nur’ Meninggal Dunia | Pelakon drama bersiri popular Nur, Kamsani Ismail dilaporkan telah meninggal dunia di usia 60 tahun pada pukul 11.39 malam semalam.
Berita sedih itu dikongsikan oleh anaknya Amin di Facebook Urutan Tradisional Teratak Amin, yang meminta orang ramai untuk mendoakan ayahnya.
Amin menyatakan, “Asalamualaikum kepada yang mengenali ayahanda saya Kamsani Ismail, ayahanda telah kembali ke Rahmatullah pada 4 Januari 2023 hari Rabu.”
Amin juga berkata, minta semua sedekahkan al-Fatihah untuk arwah ayahandanya. Ampunkan segala salah dan silap arwah.
Semalam, Allahyarham dimasukkan ke hospital kerana mempunyai jangkitan kuman dalam paru-paru.
Menurutn Amin, keadaan ayahnya pada ketika itu sangat lemah kerana tidak makan dan minum.
Meninjau di laman Facebook Amin, sebelum ini dia memaklumkan mengenai kesihatan ayahnya yang merosot seperti mengalami deman lebih daripada dua minggu, tangan selalu kejang dan tidak larat berjalan selain berat badannya yang semakin susut.
Malah difahamkan, arwah ayahnya turut mengalami demam ‘0n-off’, tangan selalu kejang, kaki yang tidak larat untuk berjalan serta badan semakin susut sejak lebih dua minggu lalu.
Sumber: Siakap Keli
Artikel Lain
Pelakon Veteran Hisham Ahmad Tajuddin Meninggal Dunia
Pelakon veteran, Hisham Ahmad Tajuddin, 76, yang dirawat di Wad Kebergantungan Tinggi (HDW), Hospital Shah Alam (HSA) sejak 29 September lalu, meninggal dunia pada jam 4.30 petang ini.
Berita sedih ini dikongsikan anaknya, Aqeela Mohd Hisham, 26, menerusi kiriman mesej ringkas di aplikasi WhasApp kepada Harian Metro.
“Assalamualaikum, dengan rasa rendah hati saya ingin memaklumkan abah saya, Hisham Ahmad Tajudin telah kembali menemui sang pencipta pada waktu Asar tadi, jam 4.30 petang. Sama sama sedekahkan Al- Fatihah untuk arwah..Innalillahiwainnailaihirojiun,” katanya.
Harian Metro sebelum ini, melaporkan Hisham berada dalam keadaan kritikal akibat jangkitan kuman pada paru-paru, selepas difahamkan arwah mengalami batuk teruk selama seminggu.
Hisham yang menerima rawatan di HSA sebelum ini ditidurkan dan bernafas sepenuhnya dengan alat bantuan pernafasan.
Difahamkan, Allahyarham juga diberikan dos antibiotik yang lebih kuat oleh doktor untuk membunuh kuman-kuman yang menyerang dalam badannya pada 2 Oktober lalu.
Terdahulu, Hisham adalah pelakon yang aktif dalam arena drama dan filem tanah air sekitar 1980-an lalu. Namun, arwah yang juga pesara kerajaan kini banyak menghabiskan waktu berehat di rumah bersama keluarga kerana faktor usia serta penjagaan kesihatan kerana menghidap penyakit diabetes (kencing manis) serta darah tinggi.
Selama aktif sebagai pelakon berdekad lamanya, Hisham sudah membintangi banyak drama dan filem. Antara karya lakonannya ialah Tsu Feh Sofiah, Wira Angkasa, Hanny, Putera, Black Maria, Dalam Hati Ada Cinta, Tanah Kubur dan Tok Ayah.
Sumber : Harian Metro
Pelakon, Penyanyi Adibah Noor Meninggal Dunia
Pelakon, Penyanyi Adibah Noor Meninggal Dunia | KUALA LUMPUR : Penyanyi dan pelakon serba boleh, Adibah Noor meninggal dunia pada jam 7.45 malam Sabtu (18 Jun) di sebuah hospital swasta di ibu negara, setelah mengalami sesak nafas.
Khabar dukacita itu mula diketahui umum menerusi hantaran di akaun Instagram kenalan artis iaitu pelakon, Datin Emylia Rosnaida.
“Allahuakbar sedihnya, terkejut dapat berita ni. Sahabat kita yg versatile Adibah Noor @adibahnoormohdomar, baru sahaja meninggal dunia,” katanya dalam muat naik sekitar jam 8 malam.
Selebriti dengan nama sebenar Adibah Noor Mohamed Omar itu berusia 51 tahun.
Pada minggu lalu, namanya kembali menjadi tajuk utama portal hiburan setelah tersebar gambar terbarunya yang kelihatan jelas mengalami pengurangan berat badan.
Namun, dalam temu bual bersama wartawan, Adibah hanya memberitahu perubahan ketara berkenaan adalah disebabkan amalan pemakanannya, iaitu dengan memilih diet yang lebih sihat semenjak bulan Ramadan lalu.
Kemunculan awal Allahyarham di layar perak bermula pada tahun 2005 filem seperti Sepet, Gubra dan Mukhsin karya sutradara Yasmin Ahmad, dan sejak itu beliau membuat kemunculan dalam puluhan drama televisyen dan filem tempatan.
Dalam dunia nyanyian, beliau sempat merakamkan dua buah album studio iaitu Terlalu Istimewa (2005) dan Teman (2010), selain turut merakamkan banyak single khas, termasuk duet bersama penyanyi lain.
Sepanjang hayatnya juga, Adibah dikenali sebagai individu yang senang mendekati pengikut dan peminatnya menerusi platform media sosial. Allahyarham antara lain diingati sebagai figura umum yang suka mendidik berkaitan penguasaan bahasa Inggeris, selain berkongsi cerita seni persembahan dan kesedaran menjaga alam sekitar serta haiwan terutamanya kucing.
SUMBER : Astro Awani