Kanak² Meninggal Dunia Di Mekah. Luah Hasrat Tidak Mahu Pulang.| PETALING JAYA – Permintaan Nur Alesha Ammara Mohamad Amirul, 4, yang tidak mahu pulang ke Malaysia selepas tiba di Mekah menjadi kenyataan apabila kanak-kanak itu menghembuskan nafas terakhir di Madinah Selasa lalu.
Bapa kanak-kanak itu, Mohamad Amirul Zulkafly, 36, berkata, Nur Alesha yang juga anak keduanya itu berkata demikian ketika mereka sekeluarga tiba di sebuah hotel sebelum mengerjakan umrah pada 5 Februari lalu.
“Terima kasih Mummy, terima kasih Abah belikan Nur Alesha rumah baru. Alesha tak nak balik boleh tak?. Itu yang diucapkan anak kepada saya dan isteri Nur Ashwa Johalim.
“Pada mulanya kami tidak perasan semua ini selepas Nur Alesha dikebumikan baru kami sedar semua ucapan dan kegembiraannya.
“Malah Masa di Mekah juga dia ada minta belikan jubah putih dan kami memintanya sabar dan pakai pakaian itu di Madinah kerana perlu dicuci,” katanya ketika dihubungi semalam.
Mohamad Amirul yang juga seorang guru di Sabah memberitahu, mereka sekeluarga berlepas ke Tanah Suci iaitu pada 4 Mac lalu dan tarikh berkenaan merupakan hari ulang tahun kelahiran Alesha yang keempat.
Budak meninggal dunia di Madinah luah hasrat tak mahu pulang
“Hari dia dikebumikan pula adalah hari yang sepatutnya kami sekeluarga pulang ke Malaysia,” luahnya sebak.
Tambahnya, anaknya seorang yang ramah dan ceria mula berubah sikap apabila tiba di Madinah apabila mula mengalami masalah kesihatan.
“Sebelum itu arwah sihat dan ceria seperti kebiasaan. Esoknya di Madinah lepas ziarah Masjid Nabawi kami ke perkuburan Jannatul Baqi, bersebelahan masjid tersebut.
“Ketika itulah Nur Alesha berubah sikap menjadi manja, tak mahu jalan sendiri dan minta saya dukung.
“Sampai hotel dia mula demam dan kami bagi ubat tetapi malam dia mula menggigil dan hampir sawan sebelum kami menghantarnya ke hospital,” kongsinya.
Mohamad Amirul menyifatkan arwah anaknya sangat bertuah dan dia dikebumikan di Jannatul Baqi.
“Syukur urusan kami dipermudahkan sepanjang di sana. Namun Nur Alesha disahkan tidak dapat diselamatkan pada hari ketiga dia dirawat di hospital,” ujarnya.
Sumber : Kosmo
ARTIKEL LAIN UNTUK DIBACA
Ibu Wanita Ini Meningg4l Dunia Sesudah Tunai Umrah
Kita semua sedia maklum, kematian adalah satu kepastian dan bakal dilalui oleh setiap manusia. Malah, tidak dapat dinafikan, seseorang yang berpeluang meninggal dunia dalam keadaan khusnul khatimah adalah sangat dicemburui oleh setiap muslim.
Tidak terkecuali, menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh seorang wanita di laman TikToknya, dia memuat naik sebuah perkongsian mengenai ibu tersayangnya meninggal dunia selepas mengerjakan umrah di Madinah.
https://www.tiktok.com/@sunlightmorning/video/7170501854441377051?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7156424473078531586
Menceritakan kembali kejadian yang menyayat hati tersebut, dia bersama ibu, ayah dan seorang adik beradiknya telah dijemput sebagai tetamu Allah untuk mengerjakan umrah.
Pada awalnya, ibunya dalam keadaan baik dan sihat tanpa mempunyai masalah kesihatan. Bagaimanapun, ketika hari mahu pulang ke Malaysia, insan tersayangnya itu mengalami demam dan sesak nafas dan menyangka hanya menerima rawatan biasa.
Namun begitu, takdir Allah telah menentukan segalanya, ibunya terpaksa ditidurkan oleh doktor disebabkan beberapa organ gagal untuk berfungsi (multiorgan failure).
Doktor meminta mereka sekeluarga banyakkan berdoa agar terjadinya satu keajaiban namun, pada hari ke-10 di ICU, ibunya telah disahkan meninggal dunia dan dimakamkan di As-Sharaya, Mekah.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata meluahkan rasa sebak dan mencemburui kematian khusnul khatimah arwah ibunya ketika berada di tempat suci Mekah.
“Auto nangis. Alfatihah untuk arwah mama awak. InshaAllah berjumpa di syurga. Arwah insan terpilih,” @Adawiyah.Meor.
“Tiap kali buka saya nangis awak. Rasa nak hug awak. Sabar ye. Takziah untuk awak sekeluarga. Al-Fatihah,” @Peria Manis.
“Kita sedar semua akan meninggal tapi kita sebagai anak taknak tengok orang tua kita pergi dulu tapi apakan daya arwah ibu saya pun dah diambil moga kita reda dan tabah,” @Alyanaylena.
“Alfatihah untuk ibu sis. Ibu sis insan terpilih. Semoga ibu sis tenang disana. Allahuakbar,” @Aziraisa86.