Kanak-Kanak Perempuan 8 Tahun Dari Nigeria Merupakan Kes Omicron Kedua Di Malaysia | Kes pertama varian yang dibimbangi (VoC) Omicron melibatkan rakyat tempatan dikesan di negara ini.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memberitahu, kes yang baharu dikesan ini merupakan seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang menetap bersama keluarganya di Lagos, Nigeria. Difahamkan keputusan ujian RT-PCR COVID-19 ke atas kes sebelum berlepas ke Malaysia adalah negatif.
“Kanak-kanak ini tiba di Malaysia bersama ibu dan adik perempuannya pada 5 Disember 2021 dari Lagos, Nigeria dengan penerbangan transit di Doha, Qatar.
“Kes dan ahli keluarganya telah menjalani ujian RT-PCR COVID-19 semasa ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),” katanya pada sidang akhbar di Parlimen di sini, hari ini.
“Kes tidak mempunyai gejala dan jalani isolasi 14 hari. Manakala ujian terhadap ibu dan adik perempuan menunjukkan keputusan negatif.”
[TERKINI]
◾ Kanak-kanak perempuan 8 tahun warganegara Malaysia dari Lagos, Nigeria kes Omicron kedua di negara ini
◾ Kes tidak mempunyai gejala dan jalani isolasi 14 hari
◾ Semua ujian terhadap ibu dan adik perempuan tunjuk keputusan negatif
— Menteri Kesihatan @Khairykj pic.twitter.com/zuNPGe7tKy
— BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) December 16, 2021
Sementara itu, 35 kontak rapat dalam penerbangan adalah negatif. Punca jangkitan kes masih dalam siasatan.
Sumber : SK