Kawat Berduri Di Tangga Pangsapuri Diarah Buka | Kawat duri yang dipasang di tangga blok C Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Air Panas telah diarahkan untuk dibuka serta-merta.

Kawat Berduri Di Tangga Pangsapuri Diarah Dibuka

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, pemasangan kawat duri itu tidak dibenarkan di rumah pangsa yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Pemasangan itu juga melanggar peraturan bangunan dan pihak berkuasa sudah diarahkan membuka kembali kawat duri.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah mengesahkan pemasangan kawat duri itu juga sudah dipersetujui dalam mesyuarat penyelarasan PKPD kawasan berkenaan yang bermula hari ini. Katanya pemasangan kawat duri itu adalah bagi mengelakkan penduduk keluar masuk dari kediaman mereka.

Tambahnya lagi, terdapat laluan lain yang boleh digunakan di blok itu untuk kegunaan penduduk bagi tujuan keluar sekiranya berlaku sebarang perkara kecemasan.

Dikatakan juga bahawa sekiranya berlaku sebarang kecemasan, pihak ATM dapat membuka kawat duri itu dalam tempoh yang singkat.

Sumber: Harian Metro

Share.

Leave A Reply