“Ke Manakah Arah Tujuan Anda Pada Hujung Minggu Ini?” – Dr Noor Hisham | Sejak pagi tadi, tular berkenaan beberapa keping gambar yang menunjukkan jalan berdekatan Plaza Tol Sungai Besi dan Plaza Tol Gombak sesak dengan kenderaan. Perkara ini mendapat perhatian warga netizen dan pelbagai komen telah diberikan.

"Ke Manakah Arah Tujuan Anda Pada Hujung Minggu Ini?" - Dr Noor Hisham

Terbaru juga, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah telah memuat naik beberapa keping gambar tersebut menerusi laman Facebook miliknya dan bertanyakan ke mana arah tujuan pada hujung minggu ini sehingga menyebabkan kesesakan jalan dan trafik.

Beliau juga turut tekankan agar rakyat duduk di rumah dan keluar bila perlu.

Ke manakah arah tujuan anda pada hujung minggu ini?
Pergerakan besar-besaran masih berlaku walaupun larangan merentas daerah dan negeri telah dikeluarkan.
Membawa jangkitan wabak dari satu kawasan ke satu kawasan lain tidak akan membantu dalam usaha kita untuk membendung penularan jangkitan virus COVID-19.
Duduklah di rumah dan hanya keluar jika ada urusan penting.
Bantulah selamatkan sistem kesihatan negara yang bakal lumpuh sekiranya peningkatan kes COVID-19 tidak terkawal.
Sekiranya kami rebah, anda dan ahli keluarga anda mungkin tidak akan menerima rawatan kesihatan yang sebaiknya. Jika lebih malang, tiada lagi katil untuk anda di hospital. Apatah lagi jika anda tenat dan kritikal tetapi katil ICU sudah penuh semuanya.
Petugas barisan hadapan sudah penat. Tapi kami masih gagahi demi menyelamatkan nyawa anda.

Sumber : Noor Hisham Abdullah

Share.

Leave A Reply