Kedah Benarkan Aktiviti Ibadah Korban, Petugas Sudah Lengkap Dua Dos Vaksin Diberi Keutamaan

| June 29, 2021 | 0 Comments

Kedah Benarkan Aktiviti Ibadah Korban, Petugas Sudah Lengkap Dua Dos Vaksin Diberi Keutamaan | Seperti yang kita sedia maklum, Hari Raya Aidiladha bakal menjelang tidak lama lagi. Namun, ekoran penularan wabak Covid-19 yang belum pasti bila rantaiannya akan putus menyebabkan umat Islam menyambutnya dengan norma baharu tidak meriah seperti dulu.

Kedah Benarkan Aktiviti Ibadah Korban, Petugas Sudah Lengkap Dua Dos Vaksin Diberi Keutamaan

Alor Setar: Kedah membenarkan ibadah korban di negeri ini dilaksana di beberapa tempat termasuk premis persendirian dengan jumlah petugas tidak melebihi 12 orang pada satu masa bagi setiap ekor haiwan korban.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK), Mohd Yusri Md Daud, berkata lima lembu korban dibenar disembelih di kawasan masjid, surau, premis persendirian dan kawasan lapang, manakala tiada had jumlah lembu korban di rumah sembelih milik kerajaan atau swasta yang dilesen mengikut kemampuan.

Katanya, aktiviti ibadah korban dibenar dilaksanakan pada Aidiladha dan tiga hari tasyrik bermula selepas solat sunat Aidiladha iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah dari jam 7 pagi hingga 7 malam.

“Setiap sembelihan korban perlu memperoleh kelulusan atau kebenaran terlebih dulu daripada Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah, pejabat agama daerah (PAD), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pejabat kesihatan daerah (PKD).

“Aktiviti penyembelihan korban selain di premis atau kawasan dinyatakan seperti sekolah dan sebagainya tidak dibenarkan, sebaliknya proses penyembelihan korban di rumah sembelih milik kerajaan dan swasta yang dilesenkan adalah lebih digalakkan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Mohd Yusri berkata, proses agihan daging korban tidak boleh dilakukan di kawasan atau lokasi penyembelihan dan ia perlu dilaksana secara agihan rumah ke rumah oleh petugas dilantik berdasarkan nama penerima ditetapkan.

Katanya, sebarang aktiviti kenduri tidak dibenarkan di lokasi ibadah korban berlangsung.

Beliau menulas lanjut, pihak yang berhasrat melaksanakan ibadah korban selain di masjid dan surau perlu mewujudkan satu jawatankuasa ibadah korban dan jawatankuasa itu atau orang perseorangan perlu menyediakan dokumen asas diperlukan berdasarkan peraturan serta undang-undang dikuatkuasakan.

“Pihak yang sudah mendapat kebenaran melaksanakan ibadah korban tidak dibenarkan mengubah tempat dan tarikh dibenarkan melainkan atas kebenaran,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, petugas dan peserta korban perlu berusia 21 tahun hingga 60 tahun dan berstatus warganegara Malaysia saja serta mahir menjalankan kerja korban.

Katanya, petugas korban digalak dalam kalangan mereka yang sudah lengkap mengambil dua dos suntikan vaksin.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan semua pelaksanaan ibadah korban ini perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan, jawatankuasa ibadah korban masjid dan surau perlu memastikan pelaksanaan ibadah korban dilaksanakan dengan penuh ketegasan bagi memastikan penularan Covid-19 dapat dibendung.

“Jawatankuasa boleh melantik sukarelawan atau badan beruniform bagi mengawal keselamatan dan perlindungan di kawasan penyembelihan maksimum dua orang,” katanya.

Sumber: Berita Harian 

Tags: , , , ,

Category: INFORMASI, SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *