KEJAM. Bunuh Dan Sumbat Mayat Dalam Beg Pakaian. Akhirnya 2 Suspek Ditangkap.

| October 7, 2020 | 0 Comments

KEJAM. Bunuh Dan Sumbat Mayat Dalam Beg Pakaian. Akhirnya 2 Suspek Ditangkap. | SIBU: Dua suspek yang dipercayai terbabit dalam kes pembunuhan seorang wanita yang ditemui dalam beg pakaian tepi Jalan Aman dekat sini, awal pagi semalam ditahan polis kurang lapan jam selepas penemuan mangsa.

 

bunuh

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit, berkata kedua-dua suspek iaitu seorang lelaki dan wanita warga tempatan masing-masing berusia 38 tahun, ditahan di sebuah rumah di Jalan Tong Sang pada jam 2.30 petang semalam.

Terdahulu, polis menemui mayat wanita dalam beg pakaian di tepi Jalan Aman dekat sini jam 6.45 pagi semalam hasil maklumat orang ramai.

Stanley Jonathan berkata, pemeriksaan awal yang dijalankan mengesahkan mangsa dikenali sebagai Heng Mieow Lin berusia 37.

Tambahnya, siasatan lanjut terhadap nota dalam bahasa Cina yang ditemui berhampiran mayat mangsa membawa kepada penangkapan dua suspek terbabit.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

 

Mayat wanita ditemui dalam beg pakaian

SIBU: Mayat wanita yang disumbat dalam beg pakaian ditemui di tepi Jalan Aman, dekat sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit, berkata orang ramai merasa curiga apabila melihat sebuah pakaian berwarna hitam diletakkan di tepi jalan sebelum menghubungi polis.

“Pemeriksaan yang dibuat oleh sepasukan anggota polis di lokasi kejadian amat mengejutkan apabila terdapat mayat seorang wanita disumbat dalamnya,” katanya.

Penemuan mayat wanita yang belum lagi diketahui identiti itu masih lagi dalam siasatan dan dihantar ke Unit Forensik Hospital Sibu bagi tujuan pemeriksaan serta bedah siasat.

“Polis sedang menyiasat kes ini dan perkembangannya akan dimaklumkan dari masa ke masa,” jelasnya.

Tags: , , , ,

Category: INFORMASI, JENAYAH, KELUARGA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *