Terpaksa Jual Rumah Sebab Jiran Selalu Menyanyi Kuat.

| October 6, 2020 | 0 Comments

Terpaksa Jual Rumah Sebab Jiran Selalu Menyanyi Kuat. | THAILAND: Seorang ibu dan anak perempuannya di wilayah tengah Nonthaburi terpaksa untuk menjual rumah mereka dalam usaha untuk menjauhkan diri daripada jiran mereka.

Jiran

Diketahui bahawa, ibu tersebut yang dikenali sebagai Somthop berusia 50 tahun dan anaknya, Kanchana berusia 25 tahun berbuat demikian kerana kehidupan seharian mereka terganggu dengan nyanyian daripada jiran mereka.

Jiran mereka lelaki berusia 41 tahun, menjalankan perniagaan makanan dari rumahnya, tetapi ketika dia tidak mempunyai pelanggan, dia suka bernyanyi dan bermain gitarnya. Dia mengatakan bahawa muzik membuatnya gembira dan mendakwa tidak ada jiran lain yang mengeluh, sambil menambah bahawa pemandu penghantaran makanan memuji suara nyanyiannya.

Sebelum ini, Somthop telah membeli ‘speaker’ dan memasangnya dengan kuat. Selepas itu, lelaki tersebut telah meminta mereka untuk memperlahankan ‘volume’ supaya tidak menganggu isterinya yang sedang mengandung.

Perselisihan antara mereka ini menjadi tegang hari demi hari.

Somthop dan anaknya mendakwa bahawa mereka juga telah melaporkan isu ini kepada pihak polis untuk beberapa kali, namun perkara terus berulang tanpa ada perubahan daripada jirannya itu.

Somthop dan anaknya telah mengiklankan rumahnya yang ingin dijual itu berserta penyanyi percuma.

“Rumah ini dilengkapi dengan penyanyi percuma dengan kemampuan bermain gitar tanpa henti”

Sumber : Siakapkeli

Tags: , , , ,

Category: DUNIA, INFORMASI, KELUARGA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *