KEJAM. Ibu Bunuh Anak Usia 9 Bulan Muka Mirip Kekasih Gelap.

| February 9, 2021 | 0 Comments

KEJAM. Ibu Bunuh Anak Usia 9 Bulan Muka Mirip Kekasih Gelap. | Gara-gara takut hubungan gelap terbongkar, seorang wanita di Bandar Lampung, Indonesia didakwa bersubahat membunuh anak kandung sendiri yang dikatakan mirip wajah kekasih gelapnya, lapor Tribun News.

bunuh bayi

Menurut portal itu, AO, 35, telah bersubahat dengan teman lelaki yang juga merupakan jirannya, MA, 43, untuk membunuh bayi berusia sembilan bulan tersebut pada 6 Februari lalu.

Memetik kenyataan Ketua Polis Telukbetung Selatan, Hari Budianto, bayi itu telah dipaksa meminum air ramuan sebanyak tiga kali sebelum meninggal dunia.

“Mangsa diberi minum air ramuan. Pada percubaan pertama, mangsa masih hidup. Begitu juga pada percubaan kedua. Kali ketiga, pelaku memaksa bayi meminum air ramuan yang dicampur,” katanya. Jelas beliau, mangsa dipercayai meninggal dunia akibat reaksi terhadap air berkenaan.

Pada 6 Februari lalu, mangsa ditemui tidak bernyawa selepas suspek AO menitipkan bayi itu ke rumah ibu mertuanya.

Tulis Tribun, kedua-dua mereka sudah lama menjalinkan hubungan walaupun masing-masing sudah mempunyai pasangan sendiri. Wanita itu dikatakan kerap mengadu masalah rumahtangganya kepada lelaki tersebut.

Hubungan itu dipercayai bermula sejak wanita itu hamil lima bulan sehinggalah bayi berkenaan dilahirkan sembilan bulan lalu. Namun, bayi itu dikatakan mempunyai wajah mirip MA, membuatkan pasangan itu khuatir tembelang mereka pecah.

“Jiran tetangga kata, anak AO itu mirip MA. Malu, maka yang terbabit muncul niat untuk membunuh mangsa,” kata Budianto.

Tambah portal itu, wanita berkenaan mengaku telah dipujuk MA untuk membunuh bayi itu selepas dijanjikan kehidupan yang lebih baik bersama. Dia juga dilapor mendakwa, MA telah berjanji akan menikahinya selepas bayi itu meninggal dunia.

“Saya menyesal, kerana waktu itu saya dipujuk oleh MA,” katanya.

Sementara itu, MA didakwa takut jika keluarganya tahu akan hubungannya dengan wanita itu. Dia yang merancang selama dua bulan akhirnya bertindak menamatkan riwayat bayi tersebut, dibantu ibu mangsa sendiri yang memegangnya.

“Saya malu dan takut kalau keluarga tahu hubungan saya dengan dia terbongkar,” katanya.

Pasangan itu telah memaksa bayi berkenaan meminum air ramuan sebanyak tiga kali sehingga mangsa meninggal dunia.

“Selepas meninggal, saya kendong anak, hantar rumah mentua. Kemudian saya pergi ke rumah kakak saya,” ujar AO seperti dilapor portal berkenaan.

Sehari kemudiannya, kedua-dua suspek ditahan di lokasi berbeza.

Sumber : Siakapkeli

Tags: , , , , , , , ,

Category: JENAYAH, KELUARGA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *