KEJAM. Lelaki Tembak 23 Orang Kanak-Kanak Di Pusat Jagaan. | BANGKOK – Seorang bekas anggota polis yang bersenjatakan senapang, pistol dan pisau menyerang sebuah pusat jagaan kanak-kanak di timur laut Thailand hari ini, dan menembak mati sekurang-kurangnya 30 orang termasuk kanak-kanak sebelum membunuh diri serta keluarganya.
Penyerang tersebut dilaporkan melepaskan tembakan di pusat jagaan di wilayah Nong Bua Lam Phu sekitar pukul 12.30 petang (waktu tempatan) sebelum melarikan diri menggunakan sebuah kenderaan.
“Angka kematian dalam insiden tembakan tersebut adalah sekurang-kurangnya 30 orang,” kata jurucakap Pejabat Perdana Menteri Thailand, Anucha Burapachaisri.
Sementara itu, Kolonel Polis Jakkapat Vijitraithaya dari wilayah Nong Bua Lam Phu berkata, penyerang dikenal pasti sebagai Panya Khamrab, seorang bekas kolonel leftenan yang dipecat daripada jawatannya disebabkan penyalahgunaan dadah.
Tambah Jakkapat, 23 kanak-kanak adalah antara yang terbunuh, berusia antara dua hingga tiga tahun.
Insiden tembakan rambang jarang berlaku di Thailand. Pada 2020, seorang askar membunuh 21 orang dan mencederakan puluhan yang lain dalam kejadian di bandar of Nakhon Ratchasima. – AFP
Sumber : Kosmo