KEJAM. Lelaki Tembak 3 Anak Teman Wanitanya Sehingga 2 Maut.

| February 8, 2021 | 0 Comments

KEJAM. Lelaki Tembak 3 Anak Teman Wanitanya Sehingga 2 Maut. | .COLUMBUS – Dua kanak-kanak lelaki maut sementara seorang lagi kritikal di Hospital Kanak-kanak University of Michigan Mott, setelah dipercayai ditembak teman lelaki ibunya di sebuah apartmen di Ohio pada Jumaat.

Laporan Mirror.co.uk pada Isnin memaklumkan, kanak-kanak malang itu bernama Gabriel Phillips, 1, Ahmir, 5, manakala yang kritikal bernama Ashton, 4 tahun.

Menurut polis, ketiga-tiga beradik itu cedera apabila berlakunya perselisihan faham antara teman lelaki dan ibu kandung mereka.

Ketika polis tiba di lokasi kejadian, mereka menemukan tiga kanak-kanak di dalam apartmen yang kesemuanya ditembak dengan sekurang-kurangnya mengalami satu luka tembakan.

Mereka dikejarkan ke hospital namun dua daripadanya meninggal dunia dan seorang lagi masih kritikal.

Susulan itu, polis memberkas Kevin Moore, 27, di tempat kejadian dan didakwa atas dua pertuduhan membunuh dengan kejam.

Sementara itu, pihak berkuasa meminta sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat dan saksi kejadian agar menghubungi mereka.

Sumber : SH

Tags: , , , , , ,

Category: JENAYAH, KELUARGA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *