Kelas DHAIF Hari Pertama Sekolah. Tindakan Ibu Bapa Ni Buat Cikgu MENANGIS | Hari pertama sekolah kelas tampak begitu dhaif dengan ada meja nak patah, dinding kotor, tingkap berhabuk. Tindakan mengejutkan beberapa ibu bapa buat cikgu kelas terus menangis. Allahu. Semoga jadi inspirasi kepada semua.

KELAS DHAIF BERTUKAR CERIA

Baca perkongsian dari FB Husna Adnan, salah seorang ibu yang terlibat dalam kisah inspirasi ini.

Kelas DHAIF Hari Pertama Sekolah. Tindakan Ibu Bapa Ni Buat Cikgu MENANGIS

Ada yang kata seolah-olah saya reka cerita, apabila saya kata kelas Afia agak daif dan menyedihkan. Nah, lihat gambar. Cat sudah bercapuk, perabot mereput, tiada pintu.

Ya, mungkin tidak seteruk sekolah lain di pedalaman. Namun saya ‘bandingkan’ dengan kelas lain di sekolah ini yang masih sedap mata memandang. Bagai langit dan bumi.

Anak-anak mengadu kepada guru, “Kelas kita memang buruk ke, cikgu?” Jujur sekali.

Ada pula yang mengeluh kerana meja tiada laci, rompong tanpa papan. Susah mahu meletakkan alatan tulis, mahupun sekadar merehatkan tangan. Lenguh tangan mereka asyik diletakkan di atas meja.

Tidak kurang juga yang berpeluh kepanasan, kerana kipas hanya di bahagian tengah.

Kelas DHAIF Hari Pertama Sekolah. Tindakan Ibu Bapa Ni Buat Cikgu MENANGIS

Allahuakbar, luluh hati guru kelas. Dia rasa bersalah kerana tidak berkemampuan bagi mencantikkan kelas seperti tahun-tahun sebelumnya atas pelbagai kekangan; masalah kesihatan dan kesempatan.

Maka dari pagi hingga hampir maghrib tadi, kami datang ke sekolah bagi menghulurkan bantuan demi menceriakan kelas Afia dan anak-anak. Tanpa perancangan rapi, semua hadir dengan peralatan yang perlu.

Kaum ibu mengelap kerusi, yang lain mengecat dinding. Kaum ibu tampal alas meja, kaum bapa baiki meja. Sampah dikumpulkan, paku dan dawai kokot berkarat ditanggalkan, papan putih mereput berlubang diturunkan.

Selepas selesai 50% tugasan mengemas, guru kelas minta kami duduk bermesyuarat.

Apabila semua sudah berkumpul, tidak semena-mena cikgu menangis. Terkejut kami!

Sambil mengelap air mata dengan hujung tudung, cikgu mengucapkan terima kasih. Cikgu terharu melihat transformasi kelas, yang disifatkan sebagai sangat cantik.

Kelas DHAIF Hari Pertama Sekolah. Tindakan Ibu Bapa Ni Buat Cikgu MENANGIS

Buatkan dia mula teragak-agak mahu meneruskan hasrat bersara yang berbaki tiga tahun lagi kerana kelas yang cantik itu menambah semangat mengajar. Allahu! 😭

Kata cikgu, Puan GB terkejut apabila kelas ini dibuat Whatsapp Group. Rupa-rupanya bukan amalan sekolah ini mengumpulkan ibu bapa dalam satu medium.

Puan GB lebih terkejut apabila cikgu berniat bekerjasama dengan ibu bapa bagi mencantikkan kelas. Terasa hampir mustahil baginya; tidak saya tahu atas sebab apa.

Kelas DHAIF Hari Pertama Sekolah. Tindakan Ibu Bapa Ni Buat Cikgu MENANGIS

Ternyata, projek hari ini membuktikan segala keyakinan guru kelas ini benar.

Tidak henti-henti cikgu berterima kasih. Serba salah kami dibuatnya. Walhal, ini semua untuk anak-anak kami juga.

Betapa lembut jiwa guru ini.

Inilah SEBAB KEEMPAT yang saya simpan kemas tempoh hari. Yang membuatkan keputusan mendaftarkan Afia ke sekolah kebangsaan, satu keputusan yang melegakan.

Guru ini berpengalaman 16 tahun mengajar Pendidikan Khas. Seorang yang penyayang, berdedikasi, dan kuat semangat.

Semalam, bekas murid OKU yang dia didik, menangis merayu mahu masuk ke kelas ini. Menjadikan rakan sekelas Afia ada murid OKU fizikal, juga autism. Moga hebat pengalaman Afia dan kawan-kawan kelak. Pendedahan awal yang baik. (Afia kelas aliran perdana.)

Kelas DHAIF Hari Pertama Sekolah. Tindakan Ibu Bapa Ni Buat Cikgu MENANGIS

Tak sabar melihat reaksi anak-anak ini Isnin depan. Kelas mereka lebih cantik! 😍

Esok, kami akan sambung mengecat dan memasang beberapa item lagi. Sebenarnya saya juga terkejut dengan komitmen ibu bapa lain. Beri sumbangan wang mahupun tenaga tanpa banyak soal. Pintu pun didanai oleh ibu bapa. Semoga murah rezeki semua.

Doakan kami terus semangat ya!

Ada yang nak tengok transformasi penuh?

P/S: Nama sekolah, nama kelas, dan nama guru kelas tidak didedahkan sejak hari pendaftaran, demi menjaga apa-apa yang perlu dijaga, juga keselamatan anak-anak. 💖

Jangan lupa untuk tolong SHARE kepada orang lain ye. Jadikan kisah ni sebagai inspirasi kepada semua ibu bapa di Malaysia. Alhamdulillah.

Kelas DHAIF Hari Pertama Sekolah. Tindakan Ibu Bapa Ni Buat Cikgu MENANGIS
Kelas DHAIF Hari Pertama Sekolah. Tindakan Ibu Bapa Ni Buat Cikgu MENANGIS
Kelas DHAIF Hari Pertama Sekolah. Tindakan Ibu Bapa Ni Buat Cikgu MENANGIS
Kelas DHAIF Hari Pertama Sekolah. Tindakan Ibu Bapa Ni Buat Cikgu MENANGIS
Kelas DHAIF Hari Pertama Sekolah. Tindakan Ibu Bapa Ni Buat Cikgu MENANGIS

Sumber: Khalifah Media Networks via FB Husna Adnan

Share.

Leave A Reply