Kenaikan Harga Tepung Gandum Adalah Palsu | Telah tular dalam media sosial baru-baru ini mengatakan bahawa tepung gandum akan mengalami kenaikan harga. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menjelaskan tiada kenaikan harga tepung gandum mulai 1 Julai depan.
Menurut Datuk Alexander Nanta Linggi memberitahu, setakat ini tiada kelulusan diberikan kepada mana-mana pengilang untuk menaikkan harga tepung gandum. sehingga kini, KPDNHEP hanya menerima satu permohonan daripada pihak pengilang untuk menaikkan harga tepung gandum tanpa subsidi dalam pek satu kilogram (kg) dan pek 25kg.
Dakwaan yang tular di media sosial mengatakan bahawa harga bagi tepung gandum akan naik bermula pada 1 Julai Hadapan adalah tidak benar sama sekali. Harga bagi tepung gandum masih lagi tetap sama seperti yang telah ditetapkan pada sebelum ini iaitu RM1.35 bagi setiap satu kilogram (KG).
Hantaran di laman sosial mengenai harga tepung gandum akan meningkat naik telah tular sejak beberapa minggu yang lalu.
Sumber: Astro Awani