Kerajaan Bakal Buka 11 Sektor Ekonomi Mulai 16 Ogos

| August 14, 2021 | 0 Comments

Kerajaan Bakal Buka 11 Sektor Ekonomi Mulai 16 Ogos | Kerajaan telah melaporkan bakal membuka semula hampir 11 sektor ekonomi di beberapa negeri yang masih berada di Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa 16 Ogos ini.

Kerajaan Bakal Buka 11 Sektor Ekonomi Mulai 16 Ogos

Melalui satu kenyataan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira data penilaian risiko yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Tambah beliau lagi, keputusan tersebut juga dicapai selepas pihak kerajaan berbincang dengan semua pemegang taruh (stakeholders) dalam sektor-sektor berkepentingan.

Fasa 1 Pelan Pemulihan dilaporkan memperuntukkan kemudahan-kemudahan dalam sektor perdagangan dan pengedaran yang akan berkuat kuasa 16 Ogos 2021, melibatkan 11 jenis aktiviti ekonomi yang akan dibenarkan untuk kembali beroperasi seperti :

1. Kedai cuci kereta
2. Kedai elektrik dan elektronik
3. Kedai barangan rumah dan peralatan dapur
4. Kedai perabot
5. Kedai peralatan sukan
6. Kedai aksesori kereta
7. Pusat pengedaran dan jualan kereta
8. Pasar pagi dan pasar tani sahaja
9. Kedai pakaian, fesyen dan aksesori
10. Kedai barang kemas
11. Kedai gunting rambut dan pusat/salun kecantikan (perkhidmatan gunting rambut asas sahaja)
Tambahan pula, dilaporkan bagi kedai pakaian fesyen dan aksesori, kedai barang kemas serta kedai gunting rambut dan pusat/salun kecantikan (perkhidmatan gunting rambut asas sahaja), terdapat prosedur operasi standard (SOP) kesihatan tambahan yang mesti dipatuhi.
Peraturan tersebut termasuklah memakai sarung tangan, mengehadkan masa urusan di antara pekerja dan pelanggan, serta tidak membenarkan penggunaan fitting room selain ia adalah demi keselamatan pekerja dan pelanggan.
Menurut Perdana Menteri lagi, pemilik premis yang tersenarai dalam perniagaan boleh beroperasi semula ini perlu memastikan pelanggan yang memasuki premis menunjukkan sijil digital vaksinasi COVID-19 (digital certificate COVID-19 vaccination).
Hal ini dilakukan bagi menunjukkan bahawa  individu tersebut telah menerima vaksinasi lengkap selain mengingatkan bahawa vaksinasi lengkap ialah 14 hari selepas tarikh suntikan dos kedua bagi vaksin jenis dua dos, dan 28 hari selepas tarikh suntikan bagi vaksin jenis satu dos
Sumber: Astro Awani

Tags: , , , , , ,

Category: INFORMASI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *