Kerajaan Melaka Hilang Majoriti. Ini Jawapan Istana Melaka.

| October 4, 2021 | 0 Comments

Kerajaan Melaka Hilang Majoriti. Ini Jawapan Istana Melaka. | MELAKA – Istana Melaka belum menerima surat daripada mana-mana parti politik untuk mengadakan pertemuan dengan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam berhubung dakwaan kerajaan negeri sedia ada telah hilang majoriti untuk mentadbir negeri itu.

Setiausaha Khas Yang di-Pertua Negeri Melaka, Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, buat masa ini, Tun Mohd Ali sedang menjalani kuarantin kendiri selama dua minggu bermula 30 September lepas kerana menjadi kontak rapat kepada individu positif Covid-19.

“Setakat ini tiada surat janji untuk saya persembahkan kepada Tun Mohd Ali,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada Isnin.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari sebelum ini dilaporkan sebagai berkata, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Ali Rustam dalam tempoh terdekat bagi menghantar surat memaklumkan bahawa kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Sulaiman Md Ali telah hilang majoriti.

Pada Isnin, empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan mengumumkan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kepimpinan Sulaiman.

Mereka ialah Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas). – Bernama

Sumber : SH

Tags: , , ,

Category: INFORMASI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *