Kerajaan Pulau Pinang Taja Bas Hantar Pesakit Covid-19 Ke Pusat Kuarantin

| June 8, 2021 | 0 Comments

Kerajaan Pulau Pinang Taja Bas Hantar Pesakit Covid-19 Ke Pusat Kuarantin | Bermula di Wuhan, China, penyakit koronavirus Covid-19 akhirnya menjadi satu pandemik di seluruh dunia termasuk Malaysia. Penyakit sebegini sangatlah berbahaya sehingga kadar kematian semakin meningkat disebabkan oleh penularan wabak Covid-19 ini.

Kerajaan Pulau Pinang Taja Bas Hantar Pesakit Covid-19 Ke Pusat Kuarantin

Georgetown: Kerajaan negeri menaja tiga bas untuk kegunaan Jabatan Kesihatan Pulau Pinang (JKNPP) bagi membawa pesakit Covid-19 ke pusat kuarantin.

Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan dan Infrastruktur negeri, Zairil Khir Johari, berkata tajaan bas itu membabitkan peruntukan sebanyak RM72,000 sebulan, yang sudah diluluskan menerusi Perkhidmatan CAT (Congestion Alleviation Transport) dalam Belanjawan 2021.

Menurut beliau, berikutan jumlah kes harian mencecah ratusan di Pulau Pinang, kerajaan negeri berharap langkah proaktif itu sedikit sebanyak dapat meringankan kekangan sumber JKNPP.

“Bas berkenaan akan menghantar pesakit ke pusat kuarantin yang ditetapkan khususnya di Pusat Kecemerlangan MARA (MEC), Jawi dan Pusat Latihan Zakat (PULAZA), Balik Pulau, di sini.

“Tiga bas itu diambil daripada pengurangan bas CAT sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilaksanakan,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Zairil berkata, tiga bas itu akan dioperasikan oleh Rapid Penang seperti dalam perjanjian CAT dengan kerajaan negeri.

Sementara itu, katanya, pemandu yang bertugas bagi perkhidmatan berkenaan sudah diberi latihan khas, sesi orientasi serta vaksinasi oleh JKNPP semalam.

Setiap bas akan dinyahkuman di pusat kuarantin selepas pesakit Covid-19 diturunkan di pusat kuarantin masing-masing.

“Pakaian perlindungan diri dan semua peralatan sokongan akan disediakan JKNPP kepada Rapid Penang bagi menjamin keselamatan pemandu itu.

“Kerajaan negeri berharap dengan penajaan tiga bas pada saat kritikal ini sedikit banyak dapat mengurangkan masalah logistik yang dihadapi oleh JKNPP,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Tags: , , , , , , , , ,

Category: INFORMASI, SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *