Kereta Rosak Akibat Singa Tengah Gaduh Langgar | Sebuah kereta rosak akibat dilanggar salah seekor singa yang sedang bergaduh dalam kejadian di Taman Safari Indonesia II Prigen, Pasuruan, Jawa Timur, lapor Kompas.

Menerusi video tular pada Sabtu, kelihatan kedua-dua singa tersebut pada awalnya saling kejar-mengejar antara satu sama lain sehingga menuju ke arah jalan raya.

Bagaimanapun keadaan mula menjadi cemas apabila kedua-duanya di atas jalan raya sehingga merempuh sebuah kereta Toyota Yaris berwarna merah tidak jauh dari situ.

Sehubungan itu, pemilik kenderaan, Febrian Peraman memuat naik sekeping gambar di Twitter memaparkan cermin belakang kiri keretanya pecah akibat rempuhan singa berkenaan.

Febrian tulis di Twitter miliknya bahawa inilah (‘rupa’ kereta) akibat dilanggar singa yang sedang bergaduh. Sejujurnya Febrian tidak mahu berdamai, apatah lagi untuk bersalaman.

Sementara itu, Pengarah Latihan Perunding Pertahanan Keselamatan Indonesia, Sony Susmana merayu kepada pengguna jalan raya di kawasan habitat haiwan seperti Taman Safari supaya lebih berhati-hati.

Hal ini kerana menurutnya, kejadian seperti itu adalah sesuatu yang tidak dapat diramalkan ketika menggunakan kenderaan persendirian ke Taman Safari.

Memandu di kawasan yang dihuni oleh haiwan perlulah tahu akan tabiat, perwatakan, dan gaya hidup mereka (haiwan).

Sony menjelas bahawa ada haiwan yang jinak, tetapi secara umumnya ia adalah haiwan yang liar atau berbahaya jika merasa terganggu.

Dalam masa sama, Sony turut menasihatkan kepada pemandu supaya kawal jarak kenderaan mereka dengan haiwan-haiwan tersebut.

Selain itu, cermin tingkap perlu sentiasa ditutup sempurna namun jika ingin membukanya perlulah hanya sekitar lima (5) ke 10 sentimeter (cm) sahaja.

Tambahnya lagi, tingkap hanya akan dibuka ketika pengunjung hendak memberi makan kepada haiwan jinak dan perlu ditutup semula untuk keselamatan.

Malah, Sony juga turut memperingatkan bahawa pengunjung tidak dibenarkan untuk mengganggu haiwan dengan pergerakan atau bunyi yang mampu menarik perhatian.

Hal ini disebabkan ada sesetengah haiwan yang berasa tergangggu akan ‘membalasnya’ dengan merosakkan kenderaan tersebut.

Sumber: Siakap Keli

 

Artikel Lain

Wanita Kritikal, Diserang Singa Peliharaan

Wanita Kritikal, Diserang Singa Peliharaan | Seorang wanita di Mexico terpaksa menerima rawatan di hospital selepas diserang oleh seekor singa peliharaan yang meloloskan diri dari rumah pemiliknya, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Wanita tersebut, Lila Hernandez, 40, kini berada dalam keadaan kritikal selepas singa betina berusia dua tahun bernama Salome itu menyerangnya.

Singa tersebut dilaporkan turut menyerang beberapa haiwan lain di kawasan berkenaan dan membunuh sekurang-kurangnya seekor anjing sebelum menyerang Hernandez di tepi jalan pada kira-kira pukul 9.30 pagi (waktu tempatan), Selasa lalu.

Ia akhirnya ditangkap oleh pemiliknya yang menyembunyikan haiwan itu di dalam sebuah kenderaan. Dia pada mulanya enggan menyerahkan singa tersebut kepada pihak berkuasa.

Pemiliknya yang hanya dikenali sebagai Giovanni berkata, dia mempunyai semua permit yang diperlukan untuk menyimpan singa Afrika itu di rumahnya.

Dia juga mendakwa haiwan itu melarikan diri selepas rumahnya dipecah masuk oleh pencuri yang membiarkan pintu kediamannya terbuka.

Haiwan tersebut telah dipindahkan ke Taman Rodolfo Landeros yang terletak berhampiran dengan kawasan tersebut.

Susulan kejadian itu, Giovanni turut bersetuju untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi memindahkan singa secara kekal ke persekitaran lebih sesuai dan berjanji untuk menampung kos perubatan mangsa.

Sumber: Kosmo

Share.

Leave A Reply