Kes Bunuh Nur Farah. Punca Kematian Belum Dpt Dipastikan. Ini PUNCANYA. | KHALIFAH MEDIA NETWORKS : SHAH ALAM – Punca kematian masih belum dapat disahkan. Perkara ini disebabkan keadaan mayat mangsa. Iaitu Nur Farah Kartini Abdullah, 25, yang telah reput di bahagian dada dan muka.

farah

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata. Pihak Pakar Patalogi Forensik Hospital Sungai Buloh memerlukan keputusan analisis makmal ke atas beberapa sampel biologi yang diambil pada mayat.

TIDAK DAPAT SAHKAN PUNCA KEMATIAN

“Buat masa ini pakar tidak dapat sahkan sebab kematian kerana mayat yang sudah reput terutama di bahagian dada serta muka.

“Selepas dapat keputusan analisis makmal, barulah pakar dapat putuskan sebab kematian,” katanya.

Beliau berkata, ini juga bagi menolak kemungkinan sebab-sebab lain berkait kematian mangsa.

nur farah

Dalam pada itu, Hussein turut mengesahkan sebuah kereta milik suspek yang juga kenalan mangsa telah dirampas untuk siasatan lanjut.

“Polis ada merampas sebuah kereta jenis Toyota milik suspek,” ujarnya.

Dilaporkan mayat Nur Farah Kartini dijumpai di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, kira-kira jam 6 petang.

Susulan itu, suspek lelaki berusia 26 tahun yang juga bekerja sebagai anggota polis ditahan pada hari yang sama.

Suspek kemudian direman tujuh hari 22 Julai depan untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kehilangan mangsa dilaporkan pada 11 Julai susulan satu laporan polis bersangkut kes Tanjung Malim, Perak, selepas sehari menghantar kereta sewa di Taman Universiti, Tanjung Malim.

YANG SALAH TETAP SALAH

Keluarga kepada suspek pembunuhan bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, 25, menerima seadanya ujian yang sedang melanda mereka sekeluarga.

Bapa suspek berusia 64 tahun, berkata, apa yang salah tetap salah dan anaknya perlu menerima hukuman jika benar dia bersalah meskipun berat untuk mereka sekeluarga menerimanya.

nur farah

Menurutnya, suspek yang telah empat tahun berkhidmat sebagai anggota polis merupakan seorang anak yang baik dan bertanggungjawab selain menjadi anak harapan keluarga memandangkan dalam adik-beradiknya, dia dan seorang lagi kakaknya yang bekerja dalam kerajaan.

Katanya, suspek yang sedang bercuti sejak Rabu lepas hingga Rabu ini datang ke rumahnya di Sungai Rambai pada Khamis lalu sebelum mendapat panggilan untuk segera pulang ke balai dia bertugas.

“Ketika itu dia tak banyak bercakap dan kelihatan sugul sebelum bergerak pulang.

LUAHAN BAPA SUSPEK

“Apa pun saya terima seadanya, kalau apa-apa yang terjadi ini kehendak takdir ALLAH, saya percaya pada takdir ALLAH,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Parit Sidang Seman, Sungai Rambai di sini pada Selasa.

Bagaimanapun dia berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi dan menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat kes tersebut.

“Silap anak saya, dia tidak membuat laporan polis bila diugut dan mengambil tindakan sendiri,” katanya sebak.

 

Sumber : SH

Share.

Leave A Reply