Kes COVID-19 Hari Ini Melonjak Naik Hampir 10 Ribu Kes | Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa jumlah kes COVID-19 yang dicatatkan hari ini adalah sebanyak 10,089 kes.
Menurutnya, peningkatan kes harian itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia adalah sebanyak 2,914,220 kes.
Pertambahan kes tersebut juga lebih tinggi berbanding 9,117 kes yang dicatatkan semalam.
Maklumat terperinci berkaitan kes covid ini akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW.
Pada 6 Februari 2022, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 10,089 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,914,220 kes.
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvUkWX
Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) February 6, 2022
Sumber : SK