Kes Dua Beradik Dibunuh. “Dua Hari Sebelum Kejadian Suspek Datang Minta Maaf”.| KHALIFAH MEDIA NETWORKS – Baru-baru ini kita dikejutkan pembunuhan kejam dua beradik yang berlaku di Yan Kedah. Seorang lelaki dikatakan mengamuk dan menetak dua beradik yang sedang nyenyak tidur di bilik mereka.

Kes Dua Beradik Dibunuh. "Dua Hari Sebelum Kejadian Suspek Datang Minta Maaf".

“Suspek amat mengenali saya malah saya tidak menyangka dia sanggup mengelar leher anak saya.”

Itu nada sedih Idris Saad, 47, bapa kepada Nurul Hanim Idris, 5, dan Mohammad Hafiz Idris, 1, mangsa kejadian amuk di di Kampung Tengah Jalan Kuala Sungai Yan, Kedah, lewat malam Selasa.

Menurut Idris, dua hari sebelum kejadian suspek ada datang ke rumah menemuinya dan meminta maaf atas sikapnya yang sering meminjam wang.

Malah selepas itu mereka keluar minum di kedai hujung kampung bersama.

Sebab itulah Idris merasa terkilan kerana suspek tergamak melakukan perkara seperti itu ke atas keluarganya sehinggakan hilang dua nyawa anaknya.

“Tidak terfikir langsung, memang tidak berjumpa, (sebelum ini) elok minum air sekali, dia (suspek) berkawan dengan saya, selalunya baik,” katanya ketika ditemui.

Idris turut melahirkan rasa kecewa kerana pihak berkuasa tidak menangkap suspek sedangkan sebelum kejadian bunuh anaknya, suspek telah beberapa kali melakukan kesalahan memukul anggota keluarganya sendiri dan orang kampung.

Malah beliau sendiri tidak menyangka suspek yang terlalu baik dengannya tergamak melakukan sekejam itu.

“Memang ada (rasa terkilan), memang kawan-kawan pun tidak menyangka. Kerana tidak ada langsung (tindakan). Polis tidak ambil tindakan langsung apa yang dia buat kenapa dah banyak berlaku dah banyak laporan sampai meragut nyawa anak saya baharu dapat (tangkap) kecewa, saya, sesiapapun kecewa,” katanya lagi.

Idris bagaimanapun menyerahkan kepada pihak polis untuk melengkapkan siasatan seterusnya mengenakan hukuman yang berat ke atas suspek..

Dalam kejadian 11.45 malam Selasa, suspek dikatakan mengamuk dan menyerang bapa saudara mangsa sebelum masuk ke rumah dan mengelar leher Nurul Hanim dan adiknya Mohammad Hafiz yang sedang tidur di dalam bilik.

 

Sumber : Astro Awani

Share.

Leave A Reply