Kes Harian Baharu COVID-19 Tertinggi Dilaporkan Hari Ini Dengan 19,819 KesĀ | Hari ini negara mencatatkan kes harian baharu yang tertinggi sebanyak 19,819 kes sejak wabak itu melanda negara.
Jumlah tersebut menjadikan kes kumulatif COVID 19 adalah sebanyak 1,183,110 kes.
Menerusi ciapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di laman Twitter rasminya menunjukkan Selangor telah mencatatkan kes tertinggi sebanyak 8,377 dan diikuti dengan Kuala Lumpur sebanyak 2,467.
Manakala, Kedah pula merekodkan sebanyak 1,371 kes, Johor dengan 1,162 kes dan Kelantan 1,003 kes.
Ini menunjukkan Selangor, Kuala Lumpur, Kedah, Johor dan Kelantan antara lima negeri yang mempunyai kes lebih daripada seribu.
Sumber : KKM