Kes Kematian Adib. Ini Jaminan Menteri Yang Buat Ramai Setuju. | Baru-baru ini heboh yang mengatakan kes kematian seorang anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim ditutup. Bagaimanapun hari ini, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan memberikan jaminan bahawa kes itu akan tetap diteruskan. Baca selanjutnya.

SUBANG JAYA: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican memberi jaminan pembelaan terhadap kematian kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim diteruskan.

Beliau berkata, dalam keadaan apa-apa sekali pun, pembelaan itu perlu diteruskan sama ada dalam apa-apa bentuk keadilan yang perlu dilakukan.

“Namun kadangkala ia bukan mudah, soal inkues adalah hanya untuk menentukan kos of death dan bukan siapa yang menyebabkan kematian.

“Tetapi selepas itu memerlukan siasatan yang bukan lagi di bawah inkues, (tetapi) di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN), banyak perkara dilalui dan dilakukan.

“Soal kes adib telah ada dalam siasatan KDN dan saya sendiri sudah bertanya kepada Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan mungkin dalam masa terdekat memperoleh dapatan.

“Insya-Allah saya berjaminan apa-apa pun pembelaan terhadap kematian Adib tetap diteruskan dan tidak berhenti,” katanya kepada pemberita selepas penyerahan kunci kepada sembilan penerima inisiatif Kediaman Rumah Keluarga Malaysia (Rumah Ikram Keluarga Malaysia) di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 2, hari ini.

Muhammad Adib meninggal dunia pada 17 Disember 2018 di Institut Jantung Negara (IJN), sebulan selepas mengalami kecederaan ketika berada di lokasi kejadian susulan rusuhan di luar Kuil Seafield Sri Maha Mariamman, di Subang Jaya pada 27 November 2018.

Sumber : UM

Share.

Leave A Reply