Kes Najib Razak. Ini Arahan Terbaru Peguam Negara Buat Ramai Kagum.

| March 8, 2020 | 1 Comment

Kes Najib Razak. Ini Arahan Terbaru Peguam Negara Buat Ramai Kagum. | Selepas dilantik sebagai Peguam Negara yang baharu, Tan Sri Idrus Harun mengarahkan supaya kes-kes berprofil tinggi diteruskan.

Peguam Negara yang baharu dilantik, Tan Sri Idrus Harun, mengarahkan semua pendakwaan dan perbicaraan kes terhadap individu berprofil tinggi termasuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, diteruskan.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram, ketika ditemui media selepas perbicaraan kes rasuah membabitkan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

Sri Ram berkata, arahan itu diberi kepadanya sebelum pihak pendakwaan meneruskan perbicaraan yang masuk hari ke-11 terhadap Rosmah di hadapan Hakim Mohd Zaini Mazlan.

Jumaat lalu, Idrus, 65, yang juga bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, dilantik sebagai Peguam Negara baharu untuk tempoh dua tahun berkuat kuasa hari ini, menggantikan Tan Sri Tommy Thomas yang melepaskan jawatan itu pada 28 Februari lalu.

Idrus dilantik selaras Fasal (1) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan dan Yang di-Pertuan Agong mempersetujui pelantikan berkenaan untuk tempoh dua tahun berkuat kuasa 6 Mac lalu.

Beliau melanjutkan pelajaran dalam jurusan Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) Universiti Malaya (UM), sebelum memulakan kerjaya sebagai pegawai undang-undang pada 1980.

Pada 2014 hingga 2018, Idrus dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan sebelum menyandang jawatan Hakim Mahkamah Persekutuan pada 28 November 2018.

Sumber : BH Online

Tags: , , , , , ,

Category: SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *