Polis mendapat perintah tahanan reman selama lima hari lagi terhadap seorang penceramah bebas bergelar ustaz berkaitan kes rogol membabitkan remaja perempuan berusia 14 tahun.
Perintah tahanan reman sehingga Isnin depan itu dikeluarkan Majistret Noor Azreen Liana Mohd. Darus di Mahkamah Majistret Ipoh di sini hari ini.
Perintah reman itu bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dijalankan terhadap suspek berusia 30 tahun.
Terdahulu, individu itu direman selama lima hari oleh polis Kontinjen Selangor sebelum diserahkan kepada polis Kontinjen Kuala Lumpur bagi siasatan kes sama.
Sumber: Kosmo