KJ Tidak Benarkan Sambutan Tahun Baru Berskala Besar |Penganjuran sambutan Tahun Baharu secara besar-besaran adalah tidak dibenarkan, kata Khairy Jamaluddin.

KJ Tidak Benarkan Sambutan Tahun Baru Berskala Besar

Namun demikian Menteri Kesihatan itu memberitahu, sambutan Tahun Baharu dan Krismas secara kecil-kecilan dan persendirian dibenarkan buat masa ini dengan syarat, pengunjung perlu melakukan ujian pengesanan COVID-19 sebelum menghadiri sambutan tersebut.

“Penganjuran sambutan Tahun Baharu secara besar-besaran adalah tidak dibenarkan. Tetapi buat masa ini sambutan Tahun Baharu dan Krismas bersama keluarga dan rakan-rakan adalah dibenarkan.

“Namun, mereka perlu membuat ujian pengesanan COVID-19 sebelum menghadiri sambutan terbabit,” katanya pada sidang media di Parlimen di sini, pada Khamis.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan mengumumkan mengesan kes COVID-19 varian Omicron kedua di negara ini membabitkan seorang kanak-kanak berusia lapan tahun yang menetap di Lagos, Nigeria.

Beliau memberitahu, pesakit bersama ibu dan adik perempuannya tiba di negara ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 5 Disember lalu sebelum disahkan positif COVID-19 dua hari selepas itu.

Sumber : Astro Awani

Share.

Leave A Reply