Customize Consent Preferences

We use cookies to help you navigate efficiently and perform certain functions. You will find detailed information about all cookies under each consent category below.

The cookies that are categorized as "Necessary" are stored on your browser as they are essential for enabling the basic functionalities of the site. ... 

Always Active

Necessary cookies are required to enable the basic features of this site, such as providing secure log-in or adjusting your consent preferences. These cookies do not store any personally identifiable data.

No cookies to display.

Functional cookies help perform certain functionalities like sharing the content of the website on social media platforms, collecting feedback, and other third-party features.

No cookies to display.

Analytical cookies are used to understand how visitors interact with the website. These cookies help provide information on metrics such as the number of visitors, bounce rate, traffic source, etc.

No cookies to display.

Performance cookies are used to understand and analyze the key performance indexes of the website which helps in delivering a better user experience for the visitors.

No cookies to display.

Advertisement cookies are used to provide visitors with customized advertisements based on the pages you visited previously and to analyze the effectiveness of the ad campaigns.

No cookies to display.

Komen TERKINI Ketua Puteri UMNO Terhadap Najib Ni Buat Ramai TERKEDU | Dalam sidang media bersama wartawan, Ketua Puteri UMNO, Dato Mas Ermieyati yang baru balik ziarah Jalan Langgak Duta memberi komen terhadap DS Najib. Tak sangka. Ikuti selanjutnya.

DS NAJIB BERI SEMANGAT KEPADA KAMI

“Kami ingat nak bagi nasihat kepada Datuk Seri Najib Tun Razak tapi dia yang bagi semangat kepada kami” demikian kata Ketua Puteri Umno, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Komen TERKINI Ketua Puteri UMNO Terhadap Najib Ni Buat Ramai TERKEDU

Katanya, beliau gembira melihat perkembangan semasa Najib yang dilihat sihat dan positif.

“Sebagai pemimpin muda dalam Umno saya rasa amat sukar untuk saya jika berada dalam situasi ini tapi ini adalah kelebihan dan semangat yang ditunjukkan beliau,” katanya ketika ditemui media selepas meninggalkan kediaman Najib, hari ini.

Beliau berkata, Najib sempat kepada semua ahli Umno agar meneruskan perjuangan.

CONTOHI PERJUANGAN NABI SAW, KATANYA

“Beliau merujuk kepada perjuangan Rasulullah SAW, walaupun lima sahabat sekalipun tetap berjuang. Itu perumpamaan yang diberikan,” katanya.

Ditanya mengenai keadaan Datin Seri Rosmah Mansor, Mas Ermieyati berkata, beliau juga berada dalam keadaan baik.

“Kami sempat bersembang dan dia baik-baik sahaja,” katanya. Sumber: Sinar Harian

SYAMSUL DEBAT LETAK SEMUA JAWATAN DALAM UMNO

Calon BN Dun Sikamat, Syamsul Amri Ismail atau lebih dikenali Syamsul Debat, memaklumkan beliau melepaskan semua jawatan yang pernah disandang dalam Umno serta tidak akan menawarkan diri untuk bertanding lagi.

Komen TERKINI Ketua Puteri UMNO Terhadap Najib Ni Buat Ramai TERKEDU

Pengumuman tersebut dibuat melalui laman FB, Syamsul Amri Ismail Official, hari ini dan kemudiannya menarik perhatian hampir 2,000 pelayar di laman sosial tersebut.

Syamsul dalam kenyataan tersebut memaklumkan beliau rasa bertanggungjawab di atas apa yang berlaku pada PRU14 lalu, sekali gus menyebabkan beliau mengambil tindakan untuk meletakkan semua jawatan yang disandang.

“Ikhlas buat semua dan rakan-rakan Pemuda Umno Bahagian Seremban dan Jawatankuasa Umno Bahagian Seremban, dengan ini saya meletakkan semua jawatan saya di dalam Umno iaitu sebagai Ketua Penerangan Umno Bahagian Seremban, Pengerusi Tetap Pemuda Umno Cawangan Pancor, Ketua Penerangan Umno Cawangan Pancor dan Penceramah Biro Penerangan Umno Malaysia.

“Saya juga dengan ini mengumumkan yang saya tidak akan menawarkan diri untuk bertanding dan juga tidak memegang apa-apa jawatan dalam Umno Bahagian dan memberi laluan sepenuhnya buat sahabat-sahabat.

“Saya akan menumpukan perhatian dengan NGO saya, Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM) serta Dunia Motivasi dan Pembangunan Kerjaya dan Masyarakat,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Tambahnya, walau bagaimanapun, beliau sedia memberi bantuan dari segi buah fikiran serta pandangan atas nama persahabatan serta semangat silaturahim.

Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Seremban, Datuk Abu Ubaidah Redza ketika dihubungi berkata, pihaknya tidak dapat sebarang maklumat mengenai peletakan jawatan tersebut.

Katanya, sehingga tempoh ini, pihaknya tidak dimaklumkan berkenaan perkara itu, namun akan terus meneliti perkara berkenaan. Sumber: Sinar Harian

Share.

Leave A Reply