Koronavirus – Ini Arahan TEGAS Presiden China Yang Ditunggu Ramai | Dunia boleh dikatakan semakin lega dengan komitmen dan ketegasan Presiden China, Xi Jinping dalam tangani penularan koronavirus. Baca selanjutnya.
ARAH PASUKAN LEBIH CEPAT BEKERJA
Presiden China, Xi Jinping semalam mengarahkan respons lebih cepat terhadap krisis koronavirus selepas ia kini merebak dengan cepat dan angka kematian mencecah sekurang-kurangnya 56 orang termasuk kem kematian pertama di hab kewangan Shanghai.
Beliau turut memberi amaran China kini sedang berdepan situasi yang sangat serius berikutan penularan virus seperti Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) itu pada kadar cepat.
“Kita perlu memperkukuhkan dan menyatukan kepimpinan Jawatankuasa Pusat Parti untuk menghadapi krisis tersebut. Kita pasti dapat menangani masalah ini selagi kita mempunyai keyakinan yang teguh, bekerjasama, mengambil langkah pencegahan saintifik dan penyembuhan serta melaksanakan dasar yang tepat,” katanya.
Jinping turut memberi amaran akan mengenakan hukuman kepada mana-mana pegawai yang tidak mendedahkan maklumat terkini tentang koronavirus tersebut.
Difahamkan, pasukan dari Beijing telah dihantar ke kawasan terjejas koronavirus tersebut dan mereka akan menghantar laporan secara terus kepada tujuh pemimpin paling berkuasa di China.
Virus yang berasal dari bandar Hubei yang dikenal pasti pada tahun lalu kini telah merebak ke seluruh dunia terutama di empat benua termasuk Australia, Perancis, Kanada dan Nepal. – AFP
KERJA MUSTAHIL? CHINA BINA HOSPITAL DALAM TEMPOH 10 HARI !!
China giat mendirikan sebuah hospital baharu dalam tempoh 10 hari untuk merawat pesakit ketika penularan wabak maut yang menjangkiti ratusan penduduk di negara itu.
Kemudahan di pusat bandar Wuhan dijangka akan digunakan pada 3 Februari bagi menangani peningkatan jumlah pesakit yang dijangkiti coronavirus yang menyebabkan sekurang-kurangnya 26 orang mati dan berjuta-juta penduduk perlu berkurung dalam usaha mengekang penyebarannya.
Berpuluh-puluh jentera berat yang sedang giat beroperasi dirakamkan syarikat penyiar tempatan, CCTV.
Hospital itu akan mempunyai kapasiti 1,000 katil membabitkan kawasan lebih 25,000 meter persegi (270,000 kaki persegi), kata agensi berita rasmi Xinhua itu.
Pembinaan bermula sebaik laporan timbul kekurangan katil di hospital yang ditetapkan untuk menangani wabak, yang kini menjangkiti 830 orang di seluruh China.
Xinhua berkata kemudahan baru ini bertujuan untuk “mengurangkan kekurangan sumber rawatan perubatan dan meningkatkan keupayaan untuk menjaga pesakit.”
“Kami telah mengerahkan semua pekerja yang ditinggalkan di Wuhan untuk bekerja kuat dalam memastikan pembinaan sepanjang masa,” kata pengurus kumpulan pembinaan Wuhan Construction, Zhang Chongxi
Pada 2003 China mendirikan sebuah hospital di pinggir luar bandar Beijing dalam masa hampir seminggu untuk menampung sejumlah pesakit yang menderita SARS, atau Sindrom Pernafasan Akut Teruk, yang membunuh 349 orang di tanah besar China dan 299 di Hong Kong pada 2002-2003.
Hospital Xiaotangshan dibangunkan daripada struktur pasang siap dan Xinhua melaporkan pada hari Jumaat bahawa Wuhan sedang membina kemudahan baharu berdasarkan model yang sama.
Bandaraya lebih daripada 11 juta orang telah memusatkan rawatannya terhadap virus baharu dengan mengasingkan pesakit di 61 klinik dan hospital yang ditetapkan. – AFP
Sumber : Sinar Harian