Kredit eTunai RM 100: Penebusan Mulai Disember 2023 | Penembusan kredit eTunai ialah usaha kerajaan untuk menawarkan kredit ini sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang bependapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.

Sumber: Bernama

 

Baru-baru ini kerajaan umumkan bantuan kredit eTunai RM100 kepada semua rakyat dewasa di negara ini yang punyai gaji tahunan RM100,000 ke bawah. Pengumuman ini dibuat ketika Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat di Suruhanjaya Sekuriti, Bukit Kiara pada 27 Julai 2023.

Perdana Menteri berkata program ini membabitkan peruntukan sekitar RM1 bilion akan memanfaatkan lebih 10 juta rakyat berusia 21 tahun ke atas (dewasa), merangkumi golongan B40 dan M40. Katanya, program eTunai kepada golongan dewasa itu diumum selepas kerajaan melihat impak besar program etunai kepada orang ramai.

 

Apakah Bantuan eTunai RM 100?

Bantuan eTunai RM100 adalah program terbaharu yang diumum oleh Kerajaan Perpaduan untuk golongan B40 dan M40 yang berpendapatan RM100,000 ke bawah.

Sebelum ini kerajaan mengumumkan bantuan ewallet “eTunai Bella Rahmah” berjumlah RM200 untuk golongan belia dan mahasiswa bagi memupuk budaya pembayaran tanpa tunai dalam kalangan belia.

Bantuan ini tidak diberi secara cash, namun akan diberi secara kredit eWallet melalui beberapa penyedia perkhidmatan ewallet yang akan anda ketahui kelak.

 

Syarat Kelayakan

Buat masa ini syarat kelayakan adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia; dan
  2. Berumur 21 tahun ke atas
  3. Berpendapatan RM100,000 ke bawah

Syarat-syarat lain akan dimaklumkan dari semasa ke semasa oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

 

Jumlah Kredit Bantuan eWallet

Jumlah kredit bantuan seperti yang diumum adalah RM100.

Bantuan yang diberi bukan secara tunai sebagaimana Sumbangan Tunai Rahmah, namun diberi dalam bentuk kredit ewallet seperti eTunai Belia Rahmah.

 

Tarikh Pelaksanan Bantuan eTunai RM100

[TERKINI] Kerajaan akan menunaikan janji bagi bantuan ewallet RM100 kepada penerima yang layak pada Disember ini, kata Timbalan Menteri Kewangan II Steven Sim Chee Keong.

“Bantuan e-waller RM 100 ini diagihkan pada bulan Disember nanti. Jadi (rakyat) akan dapat (bantuan ini). Rakyat diminta bersabar kerana kerajaan akan tunaikan janji,” katanya kepada Bernama, 19 Oktober 2023.

Sebelum ini, Kementerian Kewangan dalam satu hantaran di Facebook, memaklumkan, ia akan dilakukan pada suku keempat tahun ini.

Apa maksud suku keempat?

Suku tahunan adalah kuartal suku (seperempat) tahun iaitu jangka waktu tiga bulan;

  • Suku pertama – Januari hingga Mac Suku kedua – April hingga Jun
  • Suku ketiga – Julai hingga September
  • Suku keempat – Oktober hingga Disember

 

Penyedia Perkhidmatan

Memandangkan bantuan ini akan dibuat pada Disember ini, tiada lagi pengumuman setakat ini manakah penyedia perkhidmatan yang akan melaksanakan program ini.

Namun begitu seperti Bantuan eTunai Belia Rahmah sebelum ini, tiga ewallet yang turut terlibat adalah;

Boost,

Setel dan

Touch ‘n Go Wallet.

Pun begitu, beberapa ewallet yang lain seperti GrabPay, ShoppeyPay, BigPay mungkin juga turut serta jika pengumuman rasmi diumumkan kelak selepas ini.

 

Cara Penebusan

Sekiranya ewallet dilaksana kelak, orang ramai mungkin perlu muat turun salah satu aplikasi yang melakukan perkhidmatan yang terlibat.

Untuk makluman, beberapa eWallet yang popular diguna pakai di Malaysia adalah seperti berikut;

Bagi pengguna baharu ewallet, proses verifikasi perlu anda lakukan melalui perkhidmatan ewallet yang terlibat.

Anda hanya perlu ikuti arahan yang diberi dalam aplikasi ewallet ini.

Penyedia ewallet akan membuat verifikasi identiti anda secara elektronik Know-Your-Customer (eKYC).

Sebagai contoh, anda mungkin perlu hantar info tambahan sebagai contoh gambar kad pengenalan untuk proses verifikasi.

 

Manfaat eTunai RM100

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pelaksanaan program ini adalah sebagai usaha baik kerajaan untuk melatih rakyat hadapi orang ramai tanpa tunai.

“Dengan adanya konsep ini, rakyat akan guna segala aplikasi dalam proses bayaran mereka.

“Ini juga sedikit turut bantu perbelanjaan rakyat bagi hadapi ekonomi masa depan iaitu ekonomi digital dan orang ramai tanpa tunai, di samping untuk jadikan ekonomi semakin maju.

“Apabila mereka berbelanja, maka ekonomi di kawasan itu akan semakin maju. Ini antara puluhan perkara yang diumum oleh Perdana Menteri pagi tadi (27 Julai). Saya hanya usul sedikit sahaja,” katanya.

 

Kelebihan Penggunaan eWallet

Penggunaan ewallet semakin popular di antara pengguna dalam talian hari ini. Kelebihan utama ewallet adalah ianya mudah dan cepat dalam membuat bayaran. Selain itu, orang ramai juga boleh nikmati tawaran dan diskaun khas yang diberi oleh pihak ewallet ini.

Pelanggan juga dapat kurangkan penggunaan wang tunai dan mempromosi bayaran tanpa wang tunai ini. Ini amat penting pada masa kini di mana era digital ini semakin maju di Malaysia di mana proses bayaran dibuat secara cepat dan pantas.

Seterusnya, anda juga boleh tengok info terkini yang tepat dari kami di sini.

 

Sumber: Bantuan Rakyat

Share.

Leave A Reply