13 Tempat Makan Malam Best di Sitiawan, Perak | Sitiawan, sebuah bandar yang terletak di daerah Manjung, Perak. Bandar ini adalah salah satu bandar terbesar di Perak dan unik dengan keindahan alam semula jadi, kaya dengan warisan budaya dan peluang ekonomi.
Jadi kami bawakan kepada anda, 13 senarai tempat makan best yang anda boleh singgah di Sitiawan, Perak.
1. SWISSOMELT – MAKAN MALAM
Inginkan makan malam dengan suasana yang tenang? Korang kena cuba singgah di Swissomelt. Kafe yang bertemakan English ini menghidangkan pelbagai makanan Western dengan suasana yang tenang dan selesa. Dikatakan makanan disini rasa yang cukup kualiti dan harga pun cukup berpatutan. Kafe ini amatlah sesuai bagi anda seisi keluarga dan rakan-rakan anda makan bersama-sama.
Lokasi kafe ini di 386, 1, Lorong Sejati 2, Taman Sejati 2, 32000 Sitiawan, Perak dan dibuka pada setiap hari kecuali Ahad, Isnin pada 3 petang hingga 9:30 malam, Selasa hingga Jumaat pada 12:30 petang hingga 9:30 malam dan Sabtu pada 5 petang hingga 9:30 petang. Kalau ada pertanyaan atau ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 019-473 5816
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/swissomelt2012/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/swissomelt/
2. SERAMBI SANTAI – MAKAN MALAM
Craving nak makan makanan tempatan yang pelbagai jenis? Korang kena cuba makan disini. Serambi Santai merupakan salah satu restoran yang cukup popular dalam kalangan penduduk dengan masakan tempatannya. Makanan disini cukup sedap, perkhidmatan yang baik dan harganya pun cukup berpatutan. Bukan itu sahaja, restoran ini juga mempunyai kawasan yang luas dan hiasan dalam yang cantik dimana ia sesuai bagi seisi keluarga.Mee Rebus, Mee Kari, Nasi Campur adalah antara menu yang menjadi pilihan utama disini. Korang akan puas hati punya.
Lokasi Serambi Santai di Lot, no 6 & 7, Plaza, D’Mara, 32000 Sitiawan, Perak dan dibuka pada setiap hari kecuali ahad pada 8 pagi hingga 11:30 malam. Kalau ada pertanyaan atau ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 012-507 5453
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/santaidserambi/
3. CHICKETORY – MAKAN MALAM
Kalau korang ada di Sitiawan, korang kena cuba singgah disini. Chicketory merupakan salah satu restoran yang terbaik dalam menghidangkan makanan Melayu dan Indonesia. Kualiti makanan sangatlah bagus dan berbaloi dengan harganya. Ayam penyet merupakan pilihan utama dan korang boleh cuba rasai. Bukan setakat tu je, makanan Western pun ada.
Lokasi Chicketory ini di No.114, Jalan Berjaya 1, Taman Berjaya, 32000 Sitiawan, Perak dan dibuka pada setiap hari kecuali Jumaat pada 11 pagi hingga 11 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 017-550 2588
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/chicketory/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/chicketory/
Sekarang ni, kami hanya jumpa tiga tempat makan malam terbaik di daerah Sitiawan ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Sitiawan, Perak. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!