RICHMOND: Seekor kucing disatukan semula dengan pemilik asalnya selepas dilaporkan hilang lebih sembilan tahun lalu.
Lapor portal UPI.com, pihak berkuasa di Virginia memaklumkan kucing itu ditemukan oleh seorang penduduk tempatan selepas ia muncul di luar beranda rumahnya.
Polis Daerah Henrico dalam catatan di Facebook memaklumkan Unit Perlindungan Haiwan dibawah jabatannya sudah menghantar pegawai ke rumah terbabit sebaik sahaja menerima panggilan.
“Kami menerima panggilan daripada seorang penduduk mengenai penemuan seekor kucing terbiar di beranda rumahnya yang kelihatan ketakutan dan enggan meninggalkannya,” jelasnya.
Menurut polis, pegawai bertugas kemudian membawa kucing itu ke pusat perlindungan untuk memeriksa sekiranya terdapat mikrocip pada badan haiwan peliharaan tersebut.
Setelah mengimbas mikrocip itu, pegawai mendapati kucing itu bernama Piper dan dilaporkan hilang lebih sembilan tahun lalu.
“Pemilik kucing itu menyangka Piper sudah mati malah mengesahkannya dengan syarikat mikrocip selepas gagal menemukan sejak sekian lama.
“Bagaimanapun, siapa sangka Piper masih hidup,” jelasnya.
Dalam pada itu, Polis Daerah Henrico menerusi catatan itu turut berkongsi sekeping gambar menunjukkan Piper disatukan semula dengan pemiliknya.
Sumber: Utusan Malaysia
Baca Juga: JPV Siasat Lelaki Dakwa Bagi Ular Makan Anak Kucing
Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter memuat naik satu tweet sedang mencari anak kucing untuk dijadikan makanan kepada ular peliharaannya.
Tweet berkenaan menjadi viral dan menerima banyak kecaman daripada warga maya. Rata-rata, turut mahukan pihak berkuasa campur tangan dan menyiasat perkara tersebut.
Susulan itu, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) mengesahkan pihaknya telah menerima aduan berhubung tindakan meragukan pengguna Twitter tersebut.
Dr Akma Ngah Hamid, Ketua Pengarah JPV, dalam ciapannya, memberitahu pihaknya menerima aduan tersebut dan kes dipanjangkan ke Seksyen Kebajikan Haiwan.
Beliau berkata bahawa beliau akan ambil maklum. Aduan juga diterima melalui emel jabatan dan dipanjangkan ke Seksyen Kebajikan Haiwan. Sekiranya ada aduan melibatkan kebajikan haiwan, mohon membuat aduan terus melalui sistem MyAnimalWelfare,”.
Tindakan meragukan lelaki tersebut pada mulanya dikongsikan menerusi tangkap layar di Twitter oleh menerusi akaun pengguna @vvnloll.
Dia terkejut apabila lelaki tersebut mendedahkan tips penjagaan haiwan reptilianya, terutama sekali berkenaan makanan yang diberikan kepada ular tersebut.
Lelaki berkenaan mendakwa mendapatkan kucing atau arnab secara percuma untuk dijadikan bekalan makanan kepada ular sawa Albino Ball peliharaannya.
Malah, lelaki tersebut turut berkongsi rasa terujanya setiap kali menyediakan ‘makanan’ untuk ular tersebut.
Rentetan ciapan lelaki itu yang sangat mengganggu, warganet mengutarakan pendapat masing-masing, terutamanya mereka yang memelihara kucing.
pengguna Twitter, @alfiezik, berkata bahawa tak pasti mengenai undang-undang yang tepat tetapi tak silap dia untuk bela ular sebagai haiwan peliharaan memerlukan lesen. Mungkin warganet boleh buat aduan polis dengan kerjasama beberapa NGO yang berkaitan dengan haiwan.
Balas seorang lagi pengguna, @nadiyahsusinoo, bahawa sampai hatinya pengguna Twitter dengar anak kucing dan arnab menangis kena makan dan kena belit.
Seorang pengguna Twitter (@hrashidah3) juga memaklumkan, tindakan tersebut boleh dikenakan denda RM50,000 atau penjara untuk tempoh satu tahun atau kedua-duanya sekali jika didapati bersalah menzalimi haiwan.
Sumber: KMN