Umum ramai mengetahui Pulau Pinang merupakan salah satu ‘syurga makanan’ di Utara semenanjung Malaysia. Ramai orang sanggup memandu berjam-jam untuk menikmati makanan ada di pulau itu.
Bagaimanapun disebabkan kekurangan ruang parkir kenderaan menyebabkan ramai orang terpaksa meletakkan kenderaan mereka di tepi bahu jalan buat sementara waktu.
Pada 12 Februari lalu, seorang pemilik Lamborghini Huracán Novitec Novara bernasib kurang baik apabila keretanya telah dirosakkan oleh seorang lelaki dipercayai kurang siuman semasa meletakkan kereta tersebut bersebelahan perhentian bas.
Menurut laporan Sin Chew Daily, pemilik Lamborghini itu pergi ke ‘gerai nasi ekonomi’ berhampiran untuk makan tengah hari.
Tidak lama kemudian, seorang lelaki dalam lingkungan 40-an menaiki basikal menuju ke Lamborghini dan turun ke dalam kemarahan apabila dia melihat kereta itu berada di situ.
Pada masa sama dia juga dilihat membuat kecoh apabila menyedari beberapa orang yang melihatnya dan mengadu kepada mereka tentang kesalahan kereta mewah itu diletakkan di situ.
Kemudian lelaki itu bertindak luar batasan apabila dia memijak bampar hadapan sambil menjerit secara tidak jelas dan menunjukkan isyarat marah.
Dalam satu video lain pula menunjukkan cermin sebelah kanan dipatahkan sehingga jatuh terjuntai.
Kejadian yang berlaku pada pukul 3 petang itu telah menarik perhatian orang awam dan pemilik kereta segera menghubungi polis selepas melihat keadaan Lamborghini itu.
Pemilik kereta turut meminta seutas tali daripada kedai untuk mengikat cermin sisi yang sudah tercabut dan terus meninggalkan tempat kejadian.
Menurut portal Sin Chew Daily lagi, polis telah menahan lelaki yang didakwa kurang siuman itu dan melepaskannya pada malam yang sama.
Sumber: The Vocket
Baca Juga: Dua Remaja ‘Tersungkur’ Atas Jalan Raya Lepas Tendang Bendera Politik
Kemeriahan kempen Pilihan Raya Umum Ke- 15 (PRU15) mula terasa apabila bendera parti-parti politik semakin rancak dipacak di kawasan Parlimen masing-masing.
Pemasangan bendera parti ini boleh dianggap sebagai tradisi setiap kali menjelang pilihan raya kerana ia dapat menyemarakkan lagi semangat penyokong.
Dalam kemeriahan kempen pilihan raya, media sosial tidak pernah sunyi dengan berita-berita vandalisme bahan kempen seperti menconteng poster, mencabut dan mengoyakkan bendera parti serta pelbagai berita kurang enak lain.
Terbaharu, menerusi satu video yang dimuat naik di laman Twitter @nanmanjoi8715, tular rakaman aksi dua pemuda bermotosikal terlibat kemalangan jalan raya ketika melakukan vandalisme terhadap bendera yang dipacak di sepanjang jalan.
Dalam video berdurasi 26 saat itu memaparkan dua remaja lelaki sedang menunggang motosikal tanpa menggunakan topi keledar.
Kedua-dua remaja berkenaan turut memaparkan aksi berbahaya sebelum pembonceng motosikal tersebut cuba menendang salah satu daripada bendera parti politik yang dipacak di tepi jalan berkenaan.
Tindakan remaja tersebut membawa padah apabila dia akhirnya hilang keseimbangan sekali gus mengakibatkan dia terjatuh di atas jalan raya.
Setakat ini video tersebut sudah mendapat lebih daripada 3,300 tontonan dan mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya.
Rata-rata netizen merasakan tindakan remaja lelaki berkenaan sebagai perbuatan yang cetek akal sehingga mencederakan diri sendiri.
“Dah tak pasal-pasal menyakitkan diri sendiri. Mesti dia menyesal bertindak sedemikian,” katanya.
Salah seorang warganet pula berkata, kadang-kadang tuhan bayar cash. Tidak kisah parti mana sekalipun, jangan terlalu taksub sehingga mencederakan diri sendiri.
Sementara itu, salah seorang netizen yang dikenali sebagai Afiq menyifatkan ragam kedua-dua remaja berkenaan melucukan serta menghiburkan hatinya.
“Aduh, sakit perut aku ketawa. Mesti dia insaf tak nak ‘main’ politik selepas ini. Kesian kau dik, bersemangat nak tendang bendera tapi tak pasal-pasal jatuh,” tulisnya sambil memaparkan emoji ketawa.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan lokasi dan tarikh sebenar kejadian itu berlaku.
Video tersebut yang dimuatnaik oleh akaun Tiktok Majoriti Official juga telah mendapat hampr 200,00 tontonan.
Sumber: KMN