Pekerja Terjatuh Ke Dalam Tangki Coklat Di Kilang | Sebuah kilang yang membuat coklat bar M&Ms dan Mars didenda lebih AS$ 14,500 (kira-kira RM63,053), selepas berlaku kemalangan membabitkan dua pekerja terjatuh ke dalam tangki coklat, lapor Portal news.sky.

Pentadbiran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan AS (OSHA) memetik Mars Wrigley pada Jun 2022 di kilang M&M/Mars Pennsylvania, pekerja tidak dibenarkan bekerja berdekatan tangki.

Mereka juga tidak dilatih mengenai prosedur keselamatan yang betul untuk peralatan berkenaan.

Menurut pegawai, kedua-dua pekerja yang bekerja di sebuah firma kontrak luar terjatuh ke dalam tangki coklat.

Ia berlaku ketika mereka melakukan kerja penyelenggaraan di kilang coklat itu di Elizabethtown.

Anggota kecemasan dapat mengeluarkan pekerja itu dengan memotong lubang di bahagian bawah tangki, kata pegawai.

Kedua-duanya dibawa ke hospital namun salah seorangnya menaiki helikopter.

Seorang wakil syarikat memberitahu pemberita minggu lalu bahawa keselamatan pekerja dan kontraktor luar adalah keutamaan utama untuk perniagaan kami

“Seperti biasa, kami menghargai pendekatan kolaboratif OSHA untuk bekerjasama dengan kami untuk menjalankan semakan selepas tindakan,” katanya.

Sumber: Harian Metro

 

Artikel Lain

3 Budak Lelaki M@ut Terjatuh Ke Tasik Ais

3 Budak Lelaki M@ut Terjatuh Ke Tasik Ais | Tiga kanak-kanak lelaki berumur 8, 10 dan 11 tahun meninggal dunia, manakala seorang lagi mangsa kritikal selepas terjatuh ke dalam tasik yang membeku kerana ais berhampiran Birmingham.

POLIS melakukan pencarian di lokasi tiga kanak-kanak jatuh ke tasik ais. FOTO AP

Polis Barat Midlands dalam satu kenyataan bahawa tiga kanak-kanak lelaki meninggal dunia secara tragis selepas jatuh ke dalam tasik di Babbs Mill Park di Solihull, petang semalam.

Akibatnya, mangsa dilaporkan mengalami serangan jantung sebelum dikejarkan ke hospital.

Malangnya, mereka tidak dapat diselamatkan.

Mangsa keempat, berumur enam tahun, masih kritikal di hospital.

Kejadian itu ketika United Kingdom (UK) dilanda salji tebal sehingga menyebabkan gangguan perjalanan kereta api pada Selasa.

Sumber: Harian Metro

 

Kanak-kanak 11 Tahun M@ut Terjatuh, Berlatih Parkour

Kanak-kanak 11 Tahun M@ut Terjatuh, Berlatih Parkour | Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun maut selepas terjatuh dari ketinggian lebih 15.24 meter sebuah bangunan hotel di Costa Blanca ketika berlatih melakukan parkour.

Beberapa pelancong dipercayai bahawa menyaksikan kejadian mengerikan itu ketika kanak-kanak lelaki tersebut terjatuh dari bumbung ke kawasan lobi hotel sekitar pukul 3 petang (waktu tempatan) pada Ahad lalu, Lapor Daily Mail.

Kanak-kanak yang cedera parah itu dikejarkan ke hospital namun meninggal dunia pada lewat malam di Alicante, tenggara Sepanyol.

Nama hotel itu tidak didedahkan namun ia adalah terletak di Alfaz del Pi, berhampiran Benidorm.

Sementara itu, jurucakap Pengawal Awam Sepanyol berkata bahawa pihaknya masih sedang menyiasat kejadian tersebut.

Katanya, hasil siasatan menunjukkan tragedi itu berpunca daripada kecuaian kanak-kanak itu sendiri.

Pengawal Awam itu juga menyatakan bahawa mangsa tidak menginap di hotel berkenaan, dia naik ke atas bumbung bangunan bersama rakan lain untuk berlatih parkour.

Beliau bertambah lagi, ketika kejadian itu, mangsa telah tergelincir lalu terjatuh dari ketinggian kira-kira 15.24 meter dan mendarat di kawasan lobi hotel di tingkat bawah.

Katanya, kanak-kanak itu pada mulanya dibawa ke Hospital Marina Baixa di Villajoyosa sebelum ke Hospital Universiti Alicante dan disahkan meninggal dunia sekitar 11.30 malam.

Tambah jurucakap itu, mangsa merupakan warga Norway yang menetap di Alfaz del Pi.

Sumber: Utusan Malaysia

Share.

Leave A Reply