Isteri Saman & Cerai Suami Sembunyikan Kemenangan Loteri | Tindakan seorang lelaki di Wenzhou, China menyembunyikan kemenangan loteri sebanyak 10 juta yuan (kira-kira RM6.4 juta) daripada isterinya mengundang padah apabila diperintahkan mahkamah untuk membayar pampasan kepada wanita itu yang memfailkan tuntutan saman dan cerai.

Oddity Central melaporkan, Zhou memenangi loteri itu pada 2021 dan menerima hasil kemenangan bersih sebanyak 8.43 juta yuan (kira-kira RM5.4 juta) selepas membayar cukai mandatori.

Daripada berkongsi berita gembira itu dengan isterinya, dia dilaporkan terus berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Ketika wang kemenangan dimasukkan ke akaun banknya, Zhou memindahkan 2 juta yuan (kira-kira RM1.3 juta) kepada kakaknya dan 700,000 yuan lagi kepada bekas isterinya untuk membantunya membeli sebuah pangsapuri.

Dia tidak menyebut langsung mengenai kemenangan loteri kepada isterinya selama dua tahun.

Tidak pasti bagaimana isteri Zhou tahu mengenai rahsia itu tetapi wanita itu memfailkan cerai dan saman untuk potongan hadiah loterinya.

Memandangkan kedua-duanya berkahwin pada masa kemenangan, wang itu dianggap sebagai harta bersama pasangan itu.

Isteri Zhou menuntut dua pertiga daripada 2.7 juta yuan (kira-kira RM1.7 juta) yang diberikan kepada kakak dan bekas isteri tanpa persetujuannya.

Pada 1 Februari, Mahkamah Wenzhou bersetuju dengan permohonan wanita itu untuk mendapat 60 peratus daripada kemenangan yang disembunyikan dan tiada pihak memohon rayuan terhadap keputusan itu.

Kisah itu tular di laman sosial China dengan majoritinya menyalahkan Zhou kerana menyembunyikan isterinya tentang harta bersama mereka sejak sekian lama.

Sumber: Harian Metro

 

Artikel Lain

Isteri Lemah Lembut Bertukar Garang & Pemarah, Suami ‘Stress’ Mahu Cerai

Isteri Lemah Lembut Bertukar Garang & Pemarah, Suami ‘Stress’ Mahu Cerai | Kisah seorang suami memilih jalan untuk berpisah kerana trauma dengan isterinya yang dikatakan garang serta pemarah menjadi bualan hangat warganet.

Kisah berkenaan dikongsikan oleh seorang pengguna dikenali sebagai Farizal Radzali di Facebook. Ceritanya bermula apabila si isteri yang dahulunya mempunyai perwatakan lemah lembut, namun bertukar menjadi pemarah sejak hamil anak kedua.

Kedua-duanya berusia awal 30-an. Ada 2 orang anak. Anak pertama berusia 3 tahun, anak kedua berusia 3 bulan. Si suami nak bercerai sebab isterinya garang dah tak sama macam dia kenal sebelum ni dan masa mula-mula berkahwin.

Katanya dia memilih isterinya sebab isterinya seorang yang lemah-lembut, tak banyak cakap dan suaranya rendah. Sejak mengandung anak kedua isterinya selalu marah-marah dan sejak anak kedua lahir, isteri masih tak berubah. Selalu marah-marah, jerit dekat anak pertama.

Meskipun si suami sudah banyak kali menegur, tetapi isterinya masih tidak berubah terutamanya apabila anak mereka ‘buat perangai’ pasti dia akan meninggikan suara.

Sampai ada masa dia pun terkejut dengan jeritan isterinya. Untuk makluman, lelaki ini seorang yang bersuara perlahan dan lemah lembut.

Dia dah banyak kali pesan, dah tegur banyak kali, isterinya tak berubah. Kalau berubah pun sekejap je. Nanti bila anak buat hal, dia tinggikan suara lagi.

Kesabaran seseorang itu ada hadnya, si suami akhirnya mengakui bahawa dia berasa sudah tidak bahagia apabila tinggal di rumah kerana jiwanya lebih tenang jika pergi bekerja dan tidak perlu mendengar jeritan wanita berkenaan.

Isterinya adalah suri rumah. Katanya dia lebih tenang bila keluar bekerja. Bila nak balik rumah, hatinya mula rasa takut.

Dia takut dengan isterinya. Ketakutan itu membawa kepada pemikirannya untuk bercerai.

Dalam pada itu, lelaki terbabit menyatakan bahawa dia sudah menghadiri sesi kaunseling di mahkamah, namun tetap trauma dengan isterinya.

Sumber: Oh Bulan

Share.

Leave A Reply