Laut Banda, Indonesia Dilanda Gempa Bumi | Gempa bumi sederhana berskala Richter 5.8 dilaporkan telah melanda Laut Banda, Indonesia pada jam 10.24 pagi ini mengikut waktu tempatan.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, gegaran yang berpusat di latitud 6.1 darjah Selatan dan longitud 128.3 darjah Timur itu menghasilkan gegaran berkedalaman 346 kilometer.
Jarak kejadian gempa dikatakan berada pada 265 kilometer Selatan dari Ambon, Indonesia.
MET Malaysia meaporkan bahawa gempa bumi yang melanda Indonesia itu tidak memberi sebarang ancaman tsunami berlaku kepada Malaysia.
Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.8 pd skala Richter berlaku di Laut Banda pd pukul 10:24 pg, 24 Jun 2021. Pusat gempa bumi terletak 6.1° Selatan dan 128.3° Timur dgn kedalaman 346 km. 265km Selatan dari Ambon,Indonesia. Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.#mygempa.met.gov.my pic.twitter.com/1HxMzBXluk
— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) June 24, 2021
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia