Seramai 339 pegawai polis yang mempunyai masalah disiplin, terlibat dalam proses pertukaran di seluruh negara sejak 2018 hingga Januari lepas.

PDRM to hold integrity testing among officers to combat corruption - Focus  Malaysia

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan daripada jumlah itu, 294 pegawai atau 86.7 peratus ditukarkan ke Semenanjung, 25 pegawai (7.4 peratus) ditukarkan ke Sabah dan 20 pegawai (5.9 peratus) ditukarkan ke Sarawak.

“Pertukaran tersebut dilakukan, kerana didapati pegawai polis yang terlibat mempunyai masalah disiplin dan integriti serta melakukan kesalahan jenayah,” menurut jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini.

Ia bagi menjawab soalan Ahmad Johnie Zawawi (GPS-Igan) mengenai jumlah pegawai polis dari Semenanjung Malaysia yang dipindahkan ke Sarawak atas faktor masalah disiplin.

Menurut KDN antara isu dan kesalahan dilakukan pegawai yang ditukarkan ialah, mempunyai hubungan intim dengan pegawai polis yang telah berkahwin sehingga menganggu keharmonian rumah tangga, ditangkap atas kesalahan berkhalwat dengan pegawai polis yang telah berkahwin, dan terlibat dalam kegiatan dan aktiviti tidak bermoral.

KDN memaklumkan pertimbangan dalam membuat keputusan tersebut mengambil kira dasar dan peraturan pertukaran sedia ada, iaitu Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2004 (Panduan Pertukaran Pegawai Awam) yang menjelaskan pertukaran tidak digunakan sebagai hukuman, kecuali ia dapat membantu melicinkan proses tindakan tatatertib terhadap pegawai berkenaan.

Tragedi bola Indonesia: ketua polis Malang dipecat, 9 anggota elit digantung tugas

Sementara itu di Indonesia, turut berlaku kes pegawai tertinggi polis yang dipecat dan digantung tugas.

Media sebelum ini melaporkan Ketua Polis Kota Malang, Indonesia dilaporkan telah dipecat dan sembilan pegawai polis elit telah digantung kerja.

Ia berkait dengan insiden rempuhan yang berlaku di Stadium Kanjuruhan pada Sabtu lalu yang menyebabkan 125 nyawa terkorban dan 323 mangsa cedera.

Menurut jurucakap Polis Negara, Dedy Prasetyo berkata, Ketua Polis Kota Malang telah dipecat pada Isnin manakala sembilan anggota polis elit yang digantung tugas bakal berdepan dengan hukuman jika disabit bersalah semasa perbicaraan tatatertib.

“Seramai 19 pegawai polis lain yang bertanggungjawab menembak gas pemedih mata itu juga sedang disiasat.

“Polis juga sedang menyoal siasat saksi dan menganalisis video daripada 32 kamera keselamatan di dalam dan luar stadium serta sembilan telefon bimbit milik mangsa sebagai sebahagian daripada siasatan yang akan turut mengenal pasti suspek,” katanya.

Sumber : Siakap Keli

Share.

Leave A Reply